Followers

Monday, April 25, 2011

Salam semua....
Sudah agak lama juga aku tak menjengah ke blog ku ini. Bukan tak ada cerita nak ditaipkan.. Tetapi sejak aku ada kat kg ni... jap aku balik rawang... line di kg kurang memuaskan... jadi aku pun jadi tak semangat nak berblog.... erm.. sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak update di blog ku ini. Memang banyak perkara yang berlaku dalam kehidupanku seharian.
Jadual balik kampung ku telah berubah. Kini aku bila2 masa saje boleh balik ke kampung tanpa tunggu cuti sekolah atau mengambil cuti kerja di pejabat. Kesempatan yang ada ini akan aku gunakan sebaik mungkin.
Tiba-tiba aku teringat kepada arwah mak. Alangkah gembira dan sukanya diriku kalau arwah mak masih ada. Pasti banyak cerita banyak perkara yang akan aku bualkan dengan mak apabila berjumpa.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku tak kerja2. Sebenarnya aku mengambil cuti tanpa gaji selepas tempoh cuti bersalin tempohari. Sudah lama aku mengidam dan impikan untuk bercuti lama. Aku impikan untuk merehatkan minda dan fikiranku dengan timbunan fail-fail di pejabat. Erm.. bukan aku tak suka dengan kerjaya aku... Tapi ada sesuatu yang tak dapat aku lakukan waktu aku kerja di pejabat. Yelah.. waktu kerja di pejabat sudah pasti masa kerja terikat dengan punch card.. keluar rumah gelap dan balik rumah pun gelap.. Itu adalah lumrah kehidupan aku. Sedar tak sedar hampir 9 tahun juga aku di JKM. Aku sering bertanya kepada diriku adakah aku akan bekerja hingga akhir hayat aku di JKM?? Kita hanyalah merancang... Allah juga merancang untuk berikan yang terbaik untuk kita. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah s.w.t. Itu sememangnya tak perlu dipertikaikan lagi.

Sudah lama tak menaip ni banyak cerita gak yang berlaku.. ada berita gembira, suka, duka, sedih, lucu dan macam-macam lagi. Tapi esok-esoklah aku sambung lagi.. nanti taip panjang2 line ko.. buat frust jee...

Lamanya tak tulis blog