Followers

Wednesday, February 16, 2011

Muhammad Fauzan Aiman

Hari ini 16 Februari muncul lagi... tapi untuk tahun 2011... bermakna telah 6 tahun putera sulongku lahir ke dunia ini. Masih jelas di ingatanku jam 7.22 malam lahirlah putera sulongku ke dunia ini di Hospital Slim River. Putera sulong ini diberi nama Muhammad Fauzan Aiman.... bermakna Yang Terpuji kejayaan Yang Bertuah.... Memandangkan putera sulong suamiku mahu meletak nama bermula huruf 'F. Kami berdua terus sepakat untuk meletakkan nama MFA kepada puteraku... Walaupun agak panjang namun mudah untuk diingati...

Putera sulongku memang bertuah kerana dia satu-satunya cucu yang sempat bermanja dengan arwah opahnya iaitu ibuku... Sejak lahir ke dunia arwah emaklah yang mengasuh putera sulongku. Arwah emak amat takut sekiranya dihantar ke taman asuhan kanak-kanak atau pengasuh. Ketika itu arwah masih sihat dan waktu itu juga aku tinggal bersamanya.....masih jelas diingatanku arwah mak memanggil puteraku 'Cenunai'... selalu ditimang timangnya 'cenunai aku cenunai aku..." hehehe... memang agak melucukan apabila didengar... tapi bagiku mungkin pengubat dukanya dan penghibur hatinya.... aku sendiri tidak tahu mengapa arwah mak sering memanggil atau membuat nama gelaran bermula dengan huruf C... adikku asmahani nama manjanya Cemani.... :) agak klasik jugak apabila didengar..

Meskipun perjalanan dari Tapah ke Sg Behrang setiap hari amat memenatkan namun apabila tiba di rumah melihat telatah puteraku hatiku menjadi bahagia... walaupun suami tiada disisi ketika itu....huhuhu
Puteraku hingga kini membesar sebagai seorang abanglong... dia sememangnya cepat berdikari dan mudah diuruskan sejak kecil.. Tak banyak ragam.. mungkin sejak mengandung lagi dia tahu kesusahan ummi dan abahnya kerana tinggal berjauhan.... 

Tapi sejak dia mempunyai 3 orang adik ada kalanya dia pulak yang lebih dari adik... Mungkin mahu bermanja sebab dulu kurang dapat jumpa dengan abahnya... hanya hari hujung minggu atau cuti saja.... sama macam anak saudaraku Iman Darwish... sabar ye ayahteh n mokteh......

Adakalanya ragamnya membuatkan aku tidak dapat bersabar... maklumlah aku insan yang lemah.... membuatkan aku geram hingga memarahinya.... merotan... mencubit... aku ni memang agak tegas dan garang kerana aku amat menyayangi anak-anakku.... Tiada yang kuharapkan melainkan puteraku menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.... hajatku biarlah antara mereka ada yang menjadi Al-Hafiz penghafal Al-Quran... kalau boleh semua lagi bagus....

Kepada puteraku selamat ulang tahun ke 6 tahun... Moga dirimu dipelihara selalu... Ummi sayang ojan....
Selamat malam semua....

7 comments:

  1. itu le kasih sayang seorang ibu

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir ye ojan @ cecunai opah nye..sorry la pokde jauh la nak kasi hadiah..pokde skang ngah belayor t la kalo dah cuti pokde jln2 ke sane ye..dah besar dah anak buah aku ni..dah jd abg long dah pn..jaga adik elok2 ye ojan.. jgn nakal2 cian kat umi ngan abah nya kojo penat2 nak beso kn ojan ngan adik2 nya..semoga panjang umo n murah rozoki ko ojan pokde doakan ..jadi lah anak yg soleh aminnn....

    ReplyDelete
  3. wah! cepatnyer mase berlalu...hepi besday dearii abanglong!...moge cerie2 selalu, gembire2 selalu, jgn noti2 sgt ye, belajar rajen2 ye...dengau ckp umi & ayah tau..hehehehe

    ReplyDelete
  4. ucapan dari ojan.... terima kasih semua....

    ReplyDelete
  5. kak mas, zuriat kita, anugerah paling istimewa dari Tuhan..kerana ramai lagi yg tidak mampu memiliki zuriat sendiri.kita antara golongan bertuah kerana merasa nikmat sebagai ibu, isteri dan wanita pada masa yang sama..Thanks God..

    ReplyDelete
  6. to fauzan-selamat ulang tahun muhammad fauzan aiman.dah 6 tahun rupanya kita bersama.hehe nanti boleh kawan dengan afnan la pahni.afnan boleh berjalan dah...
    to ummi fauzan-keep up good work

    ReplyDelete
  7. ismamera : betul tu ju...tak semua merasa nikmat menjadi seorang ibu....

    ayohchik : afnan kena buli laa ngan MFA nih.. huhuhu cuti sekolah nanti kita jumpa yee... tq

    ReplyDelete