Followers

Wednesday, February 23, 2011

Rinduku pada teman

Alamdulillah....
dah bape bulan tak jumpa kawan-kawan di pejabat. Akhirnya jumpa juga. Keadaan pejabat aku lihat masih sama seperti seadanya. Cuma aku dengar banyak perkara yang perlu dibuat dengan segera. Kesian aku tengok kawan-kawanku. ada yang terpaksa bawak fail ke rumah. Erm...kenapalah orang atasan ni tau mengarah itu dan ini je yee... Tapi aku tau kawan-kawanku semuanya hebat belaka... Bos aku kan selalu kata kerja mesti enjoy.... hehehe... dah lama tak dengar ayat bos...

Sebut pasal bos.. dapat jugak aku jumpa dan berbual sekejap ngan bos. Rupa-rupanya sebelum aku gi ofis ada gak bos tersebut-sebut nama aku. Hai... ingatkan apa.. rupanya dia kata esok dah lama sedap cuti tup tup taknak keja dah... mintak berhenti... hahahah aku ingat apa tadi bos nak cakap....

Memang sejak cuti ni kepala otak aku ni rileks n takder orang nak menggangu ketenteraman aku. Banyak perkara yang boleh aku lakukan selain sikecil bersamaku selalu. Dulu aku sering diburu waktu. sampai nak makan pun kadang-kadang tergendala apabila ada sesuatu kes urgent yang perlu diuruskan. Erm.. sedar tak sedar tahun ke 9 dah aku di JKM... dah 4 pejabat aku pindah.. mula2 posting dulu di Tapah... transit sekejap di Slim River... Kemudian di Petaling.... kawasan paling panas di Malaysia...huhuhu... dan kemudian di Gombak... Sedar tak sedar dah tahun ke3 jugak aku di Gombak...

Masa berlalu begitu cepat tanpa aku sedari. Rupanya tahun ni dah makin pendek usiaku.. semakin bertambah usia semakin pendek usia kita kan... aku sering bertanya kepada diriku... kalau di JKM aku boleh bekerja berhempas pulas selama lebih 8 tahun... Mengapa tidak aku rebut peluang yang ada di depan mataku ini. Aku nekad untuk tempoh 5 tahun akan datang aku perlu ada sesuatu untuk diriku dan keluarga. Ini kerana 5 tahun akan datang kalau aku tak buat sesuatu aku begitu juga.

Sedangkan semakin hari semua perbelanjaan meningkat naik. Arhhh... kalau difikir-fikir memang tak jadi apa. Hanya berlegar-legar sahaja di fikiran kita. Tanpa tindakan dan usaha tiada kejayaan yang akan datang dengan sendiri. Itu adalah hakikatnya..aku juga sedar... orang hanya boleh memberi pendapat sahaja... Tetapi orang lain tak boleh bagi pendapatan.... Aku tau rezeki Allah terbentang luas. Manusia ni aje yang malas untuk mencari dan berusaha. 9/10 juga rezeki datang dari perniagaan. Ya... baru aku sedari...

Kita berhak memilih apa yang kita mahukan... apa yang kita impikan.. Pilihan di tangan masing-masing. Tiada orang yang boleh memaksa kita apa yang kita mahu buat. Allah juga tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri...

Sunday, February 20, 2011

Kau Boleh


Lirik lagu ini pasti membuatkan diriku menjadi bersemangat dalam apa yang aku lakukan. Harap korang semua dalami bait-bait lirik lagu ini....

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh
Kau Pasti Boleh Melakukan
Jika Kau Fikirkan Ragu-ragu
Usahamu Tidak Menentu

Jika Kau Fikirkan Kemenangan
Kau Hampiri Kajayaan
Jika Kau Fikirkan Kekalahan
Kau Hampiri Kegagalan

Engkaulah Apa Kau Fikirkan
Terkandung Dalam Pemikiran
Bertindak Ikut Kamampuan
Kau Boleh !!!

Percaya Apa Kau Lakukan
Tabah Apa Kau Usahakan
Bertindak Atas Kemampuan
Kau Boleh !!! 


Saturday, February 19, 2011

Aku cinta padamu selamanya

Ini adalah foto terbaru aku dan suamiku Mohd Fadzli Ahmad sewaktu majlis perkahwinan adikku di rumah abah di Felda Sg Behrang yang lalu....

Mengimbas kembali detik perkenalan aku dan suami amat melucukan... mencuit hati dan segalanya indah. Namun itulah yang dikatakan jodoh... siapa sangka sahabat pena... sahabat di alam maya dijodohkan menjadi suami isteri. Alhamdulillah telah 7 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri. Syukur juga kehadrat ilahi kerana kami telah dikurniakan dengan 3 orang putera dan 1 puteri.

Aku dan suami telah melalui zaman hidup perkahwinan jarak jauh atau singkatannya PJJ...3 tahun lebih kami tinggal berjauhan. arrghh... kalau dikenang-kenang memang tak sangka aku berjaya melalui saat-saat duka itu. Setelah berkahwin selama 2 minggu aku dah suami berpisah. Suamiku meneruskan kerjanya di Toyota Shah Alam dan aku meneruskan tugasku di JKM Tapah. Aku menjadi weekend wife.. gelaran kawanku kepadaku. Banyak pertanyaan orang disekeliling bila nak tinggal sama. Sehingga aku mengandung putera sulongku... tiada rezeki lagi untuk tinggal bersama.

Pernah suatu ketika aku terfikir untuk berhenti kerja dan mengikut suamiku ke Shah Alam. Namun suamiku banyak memberikan aku kekuatan. Aku masih ingat selalu dia berkata 'kalau kita jumpa seminggu sekali atau 2 minggu sekali tapi ada pasangan lain yang lebih susah dari kita. Yang ditinggalkan berbulan-bulan lamanya. Apabila mendengar kata-katanya itu aku jadi kuat semula. Tapi alhamdulillah sejak mengandung hingga melahirkan anakku tidak banyak ragam. Tapi kini boleh tahan ragamnya.... duhai ....

Perkenalan aku dan suami biarlah menjadi rahsia....hehehehe... sebenarnya unik juga.. tapi biarlah di lain masa jika diizinkan tuhan daku coretkan. Cuma malam dinihari ini aku terasa untuk meluahkan sesuatu pada suamiku bahawa sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu... aku cinta padamu setulus hatiku... Aku bahagia menjadi isterimu dan aku mengharapkan kasih sayang kita akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Abang...
ayang nak mintak ampun dan maaf selama kita menjadi suami isteri ayang banyak melakukan salah dan silap. Ayang tau ayang ni bukanlah sempurna tapi itulah seadanya isteri abang ni.
Tapi dari sehari ke sehari aku masih belajar mengenali dan memahami suamiku. Begitu juga dirinya. Hari ke hari seakan-akan cuba memahami diri isterinya. Berselisih faham... tak sependapat itu biasa bagi kami. Selalunya citarasa aku dan suamiku berbeza. hehehe... memang tak sama. Tapi tidak sependapat itu tak jadi penghalang untuk aku dan suami membina rumahtangga kami yang bahagia. Kami sering bergurau dan mengusik takla tidak sependapat memanjang. Kalau jadi gitu payah jugak...

Suamiku menjadi seorang pendengar setia kepadaku. Dia tau isterinya akan bercerita apa jua perkara kepadanya. Tapi ada juga bila dah berlaku baru kuceritakan padanya. Hehehe.. maaflah ye abang.. ada kalanya ia perlu dirahsiakan sebelum dibagitau...Biasalah orang lelaki...kalau tau melenting dulu.. pot pet pot pet ngalahkan orang pompuan pulak...

Suamiku juga penasihat, juru runding, kaunselor, sahabat baiku dan segalanya pada diriku... Terima kasih atas segalanya kepada suamiku Mohd Fadzli Bin Ahmad. Aku cinta padamu selamanya.


Friday, February 18, 2011

Happy birthday Abah

Hari ini adalah 19 Februari 2011 bermakna genaplah umur abahku yang tersayang 53 tahun. Alhamdulillah abah dah jauh berubah sejak balik dari menunaikan ibadah haji tahun lalu. Syukur kehadrat Ilahi...

Kalau arwah mak masih ada pasti dia akan bahagia melihat perubahan abah. Baik dan buruknya abah aku dan adik-adikku semua menyayanginya dengan sepenuh hati. Ada kalanya di waktu marah memang aku dan adik-adik akan merajuk hati, terasa hati dengan abah. Tapi arwah mak tak pernah mengajar untuk aku dan adik-adik menjadi anak yang derhaka... tidak pernah walau sekali....

Alhamdulillah... kedukaan dulu sudah pun berlalu. Tak perlulah dikenang waktu yang dahulu. Apa yang penting masa yang dilalui ketika ini dan akan datang. Waktu ini abah ada di Sabah. Harap-harap abah dalam keadaan yang baik dan sentiasa dalam pelharaan Allah s.w.t

Abah yang kukenal hampir 33 tahun dahulu.....
Abah sebenarnya seorang bapa yang rajin berusaha....bekerja mencari rezeki... Abah mempunyai semangat juang yang tinggi. Abah mempunyai impian dan cita-cita. Abah tidak berani untuk mencuba. Abah minat dalam bidang perniagaan. Walaupun abah seorang yang tegas dengan anak-anaknya. Namun sebenarnya aku tau abah sayang dan mengambil berat perihal anak-anaknya. Tetapi abah tidak menunjukkan dengan perilakunya.... di sudut hati abah hanya Allah yang tahu....

Semangat abah berjuang dalam perniagaan sedikit sebanyak memberikan aku tempiasnya. Sejak kecil lagi aku mempunyai minat yang sama seperti abah. Aku minat bekerja sendiri. Tidak mempunyai bos. Akulah kuli akulah bos. Namun apabila meningkat dewasa segala cita-citaku agak kabur dan berlalu begitu saja. Namun jauh disudut hatiku masih lagi mempunyai impian yang satu. Aku juga telah mencuba macam-macam perniagaan. Asal jangan jual orang sudah...

Dah namapun anak... Darah yang mengalir dalam tubuhku ini sebahagiannya adalah diri abah jugak. Jadi tak mustahillah aku dan ada adik-adikku minat untuk berniaga. Walaupun berniaga kecil kecilan. Tak apa... kita belajarlah perlahan-lahan dalam dunia perniagaan yang penuh pancaroba ini. Berniagalah dengan jujur dan amanah. InsyaAllah rezeki itu pasti ada. Aku yakin dan percaya apabila kita berniaga dengan jujur dan ikhlas hati tanpa dengki khianat dan irihati InsyaAllah pintu rezeki akan melimpah ruah buat kita.

Tidak kiralah apa jua jenis perniagaan. Trading atau networking asasnya tetap sama. Perniagaan perlu ada etikanya. Perlu ada kejujuran. Tapi ada juga yang mengambil kesempatan atas minat abahku. Entahlah... mengapa ada insan-insan yang bertopengkan manusia... Seingat aku abah banyak kali kena tipu dengan kawan-kawannya atau orang-orang yang disekelilingnya. Abah pun tak serik-serik juga. Itulah semangat abah. Tak pernah serik untuk mencuba. Sebagai seorang anak aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk abahku. Nak bagi duit aku sendiri sedang berusaha untuk menyelesaikan hutang2 bank..rumah...kereta...... aduhai....

Pasal tu lah aku tahu aku kerja makan gaji ni tidak cukup untuk perbeleanjaan keluarga. Bukanlah tak cukup makan. Alhamdulillah seadanya cukup. Ada rumah...ada kereta.. makan...pakai...semua ada. Tapi hanya keperluan sajalah. Nak menyimpanpun ada kalanya tercekik jugak. Tambahan pula anak dah 4 orang. Gaji pemakan gaji adalah jam 8 pagi hingga 5 petang. Kalau dibahagi-bahagikan entah berapa sen sajalah nilai diriku bekerja selama 1 jam. Tiada langsung kebebasan masa. Teringat dengan jadual kerja... dengan punch card...Kan bagus kalau bekerja lebih kita dapat lebih dari bekerja lebih penat saja dapat. Yee.. bekerja tu satu ibadah.... tapi dunia sekrang semua guna duit... waima nak meninggal dunia pun kain kapan dan segala urusan pengkebumian perlukan duit. Tapi ramai masyarakat kita ini takut untuk berniaga. Tidak minat untuk berniaga. Tapi kalau tanya duit... semua orang nak.. Ello kawan... takkan duit nak turun dari langit tanpa ada usaha...  

Eh pasal apa aku melalut nih.. tadi nak citer pasal abah.. hehehe...

Abah...
Selamat Ulang tahun kelahiranmu yang ke 53 tahun. Moga dirimu dalam peliharaan Allah s.w.t hendaknya walau di mana dikau berada. Ita sayang abah selamanya......


Sekolah ganti pulak...

Hari ini sepatutnya anak-anakku sekolah ganti.. Tapi memandangkan abahnya ada mesyuarat petang nanti... jadi tak sekolah mereka berdua hari ini... kalau sekolah nak tunggu sampai jam 5 petang alamatnya macam-macamlah dibuatnya hero berdua tuuu.... Hari biasa pun dah buat cikgunya pening kepala melayan karenah mereka terutama Muhammad Fahim Aiman... adoi...

Hari ni ada jemputan majlis perkahwinan anak En Barmin di Putrajaya.... hasrat dihati nak pergi tapi abangkusayang pulak sekolah ganti... erm.. guane nak gi ngan anak2 4 orang ni. Kalau gi ngan Farhana je rasa tak best pulak... sebab kenduri kahwin... erm.. mintak maaf banyak2 laa En Barmin.. Bukan saya terlupa... memang nak pergi sesangat tapi apa kan daya tak dapat nak pergi jugak... Apapun ucapan tahniah kepada En Barmin dan isteri kerana menerima menantu hari ini. Semoga cepat-cepat dapat cucu yee...

Bangun pagi gosok gigi
Jumpa lagi di lain kali

Thursday, February 17, 2011

Farhana oooo Farhana

 Marissa Farhana Amni

Hari ini adalah penghulu segala hari...Hari Jumaat biasanya hari yang dinantikan oleh aku dan kengkawan waktu kerja kerana kalau yang kerja gomen hari ini adalah last day... Erm... sedar tak sedar dah 4 bulan aku bercuti dari kerja di pejabat. Memang tak terasa sebab masa berlalu dengan cepat sekali. Anakku Marissa Farhana Amni juga dah 4 bulan lebih. Bertuah Farhana sebab dia bersama umminya setiap detik dan ketika. Sememangnya sejak Farhana dalam kandungan lagi aku telah  berniat mahu memberikan susu ibu sepenuhnya kepadanya. Alhamdulillah dah 4 bulan lebih Farhana telah mendapat susu ibu sepenuhnya tanpa ada susu botol. Mudahan dapat setahun penuh pun ok....

Alhamdulillah sepanjang keluar bersama farhana dia seorang anak yang tak banyak ragam. Sejak lahir lagi mudah untuk diuruskan. Agaknya dia tau umminya keluar bekerja disamping dia disisi umminya. jadi dia tak banyak ragam la. Cuma kalau dia lapar dia tak leh tunggu2... Hehehe... ada jugak sekali dua aku terpaksa berhenti kereta di tepi jalan untuk menyusukan farhana. Selepas itu dia pasti terlena di car seatnya.
Rambut farhana sekarang ni tumbuh pacak di tengah-tengah.. Hehehe tak taulah nape leh jadi gitu. ada yang kata cukur bantal. ada pulak yang tanya.. "Nape tak cukur je? saja tinggal kat tengah-tengah tu ke?" alahai.. untuk pengetahuan semua... umur farhana seminggu abahnya dah ukur botak licin... tapi dah tumbuh macam tu aku nak buat camne... Ada doktor tuu cakap rambutnya unik... hehehe

Farhana....ooo Farhana... macam lagu tuu.... sesuai dengan maknanya girang gembira... sememangnya kelahiran farhana dinantikan oleh aku...suami dan 3 orang heroku... Aku memang tak sangka baby girl yang akan keluar... tak tanya doktor pun bila scan...

Disebabkan nak sama ngan abang-abangnya.... MFA... aku dan suami dengan dibantu maksunya memilih nama yang sesuai di dalam buku.... jadilah namanya
Marissa Farhana Amni
Mudahan anakku akan menjadi seorang yang sopan santun (Marissa) ketenangan (Amni) dan membawa kegembiran kepada orang lain... sesuai dengan namanya...

Lepas abah balik solat Jumaat ni ummi ngan farhana nak keluar...  
abah jaga abglong...abgngah ngan abgchik yee....
ok jangan nakal-nakal...
Love u all so much....

Wednesday, February 16, 2011

Muhammad Fauzan Aiman

Hari ini 16 Februari muncul lagi... tapi untuk tahun 2011... bermakna telah 6 tahun putera sulongku lahir ke dunia ini. Masih jelas di ingatanku jam 7.22 malam lahirlah putera sulongku ke dunia ini di Hospital Slim River. Putera sulong ini diberi nama Muhammad Fauzan Aiman.... bermakna Yang Terpuji kejayaan Yang Bertuah.... Memandangkan putera sulong suamiku mahu meletak nama bermula huruf 'F. Kami berdua terus sepakat untuk meletakkan nama MFA kepada puteraku... Walaupun agak panjang namun mudah untuk diingati...

Putera sulongku memang bertuah kerana dia satu-satunya cucu yang sempat bermanja dengan arwah opahnya iaitu ibuku... Sejak lahir ke dunia arwah emaklah yang mengasuh putera sulongku. Arwah emak amat takut sekiranya dihantar ke taman asuhan kanak-kanak atau pengasuh. Ketika itu arwah masih sihat dan waktu itu juga aku tinggal bersamanya.....masih jelas diingatanku arwah mak memanggil puteraku 'Cenunai'... selalu ditimang timangnya 'cenunai aku cenunai aku..." hehehe... memang agak melucukan apabila didengar... tapi bagiku mungkin pengubat dukanya dan penghibur hatinya.... aku sendiri tidak tahu mengapa arwah mak sering memanggil atau membuat nama gelaran bermula dengan huruf C... adikku asmahani nama manjanya Cemani.... :) agak klasik jugak apabila didengar..

Meskipun perjalanan dari Tapah ke Sg Behrang setiap hari amat memenatkan namun apabila tiba di rumah melihat telatah puteraku hatiku menjadi bahagia... walaupun suami tiada disisi ketika itu....huhuhu
Puteraku hingga kini membesar sebagai seorang abanglong... dia sememangnya cepat berdikari dan mudah diuruskan sejak kecil.. Tak banyak ragam.. mungkin sejak mengandung lagi dia tahu kesusahan ummi dan abahnya kerana tinggal berjauhan.... 

Tapi sejak dia mempunyai 3 orang adik ada kalanya dia pulak yang lebih dari adik... Mungkin mahu bermanja sebab dulu kurang dapat jumpa dengan abahnya... hanya hari hujung minggu atau cuti saja.... sama macam anak saudaraku Iman Darwish... sabar ye ayahteh n mokteh......

Adakalanya ragamnya membuatkan aku tidak dapat bersabar... maklumlah aku insan yang lemah.... membuatkan aku geram hingga memarahinya.... merotan... mencubit... aku ni memang agak tegas dan garang kerana aku amat menyayangi anak-anakku.... Tiada yang kuharapkan melainkan puteraku menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.... hajatku biarlah antara mereka ada yang menjadi Al-Hafiz penghafal Al-Quran... kalau boleh semua lagi bagus....

Kepada puteraku selamat ulang tahun ke 6 tahun... Moga dirimu dipelihara selalu... Ummi sayang ojan....
Selamat malam semua....

Tuesday, February 15, 2011

Kalaulah emak masih ada.....

Suami dan anak-anakku semuanya telah lena diulit mimpi. Aku akan menyusul sekejap lagi. Sekarang ni sebelum tido leh menaip di blog ku ini. Macam seorang penulis pulak kurasa. Hehehe.... perasan pulak.....

Dikeheningan malam ini pasti aku akan rindu dan teringat kepada arwah bondaku tersayang. Arwah mak telah meninggalkan aku dan keluarga 4 tahun yang lalu pada jam 1.15 pagi hari Jumaat 18 Ogos 2006. Tahun ini merupakan tahun kelima arwah mak tiada bersama aku dan keluarga. Kehilangan arwah mak memang amat memeritkan dan amat menyeksakan hati dan perasaanku sebagai seorang anak. Aku amat menyayanginya namun aku pasrah Tuhan lebih menyayangi dirinya. Setiap hari setiap waktu tidak pernah aku lupa untuk mendoakan untuknya di sana. Masih segar di telingaku suara mak berbual-bual dengan aku sebelum kami melelapkan mata.

Selepas berkahwin aku tinggal berjauhan dengan suamiku.... selepas melahirkan putera sulongku aku berpindah tinggal di rumah bersama arwah mak dan 2 orang adikku (mintan dan achap). Arwah emak seorang wanita yang amat tabah, sabar, penyayang dan amat baik hati.

Arwah emak seorang teman, sahabat, kakak dan ibu kepada diriku. Aku amat rapat dengannya. Segala masalahnya dikongsi dan diceritakan kepadaku. Aku tahu kelukaan hatinya walau di depan orang dia kelihatan ceria dan suka membuat jenaka. Arwah mak pandai menghiburkan hati orang walaupun hatinya telah terluka. Alangkah bertuahnya aku mempunyai seorang ibu yang amat sabar. Segala memori aku bersama arwah mak tak pernah aku lupakan.

Kalaulah arwah mak masih ada.....
Pasti arwah mak akan mendoakan untuk anak-anaknya.... Pasti arwah mak akan melayan karenah cucu-cucunya seramai 4 orang ini... Pasti arwah mak akan datang dan bermalam di rumahku....Pasti arwah mak bahagia melihat perubahan pada diri abahku... Pasti arwah mak akan menjadi sahabat baikku... pasti arwah mak akan menjadi pendengar setia segala suka dukaku.... Pasti akan kedengaran riuh rendah suaranya.... hilai tawanya yang amat lucu....namun
 segala-galanya tidak mungkin akan berlaku kerana arwah mak sudah tiada...
sayangilah ibu anda yang masih ada. Berbuat baik dan luangkan masa anda bersama ibu anda.. Kerana saat itu tidak akan anda perolehi jika ibu anda telah pergi.....

al-fatihah untuk arwah bondaku sayang.... Allahyarhamah Rohani Omar....

Terima kasih

akhirnya berjaya jua jejarikusayang

sebelum ini aku sering menjadi pembaca setia di blog2 orang lain...tapi tak kusangka hari ini aku dah mempunyai blogku sendiri. aku boleh menaip dengan jejarikusayang ini. Teringat aku 13 tahun yang lalu di mana nama jejarikusayang ini amat sinonim dengan diriku. korang nak tau tak? heheheh.. waktu itu zaman ict mula berkembang... zaman chatting2 dulu... waktu tuu nak buat email... fikir punya fikir aku terpandang kepada jari jemariku... terus amik nama jejari untuk email dan nick name ku. Hingga ke hari ini nama itu menjadi satu kenangan yang abadi buat diriku. semalam kenangan telah berlalu pergi. Hanya tersemat dalam ingatan dan memori silam. Hari ini adalah kenyataan yang perlu dihadapi dan ditempuhi. Hari ini dunia semakin meningkat usia. Pelbagai teknologi digunakan. Jadi gunakanlah segala teknologi dengan sebaiknya. Kita diberikan akal untuk menilai yang mana terbaik untuk diri kita. Begitu jugalah sebaliknya. Hanya diri kita yang boleh mengubah diri kita sendiri. Bukan orang lain. Begitu jugalah diriku ini. Ya, banyak perkara yang belum dilakukan. Ya Allah kerdilnya hambamu ini... usia makin meningkat... semakin dekat kita menuju ke sana....jumpa lagi ... Salam Maulidur Rasul...

Monday, February 14, 2011

salam perkenalan buat semua

selamat berkenalan kepada semua
semoga anda sihat bahagia
walau di mana anda berada
kekal ceria senyum sentiasa

baru mencuba untuk menulis
di ruangan blogger sendiri punya
kalau ada hati terguris
ampun dan maaf jua dipinta

maslinda amiruddin empunya nama
orangnya simple mudah ketawa
ada seorang puteri dan 3 orang putera
mohd Fadzli Ahmad suami tercinta

sekian dulu salam perkenalan
untuk tatapan teman sekalian
terima kasih syukran jazilan
di lain masa daku bercoretan




Fahim, Fauzan dan Fadhil

Sambutan ulangtahun anakku, Muhammad Fahim Aiman yang ke 4 pada 26 Disember 2010.




                                                                                                                                                                                                                                      
Marissa Farhana Amni