Followers

Thursday, March 10, 2011

Tarikh lahir bondaku


Kenangan arwah mak bersama abah di rumah atok pawi..
10 hb Mac 1961.... lahirlah seorang puteri sulong dari pasangan Omar Lebai Abu dan Siti Aishah Hadir... Puteri itu dinamakan Rohani. Puteri itu terus dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak sulong kepada 9 orang adik beradik seibu dan sebapa. Beliau masih mempunyai seorang abang yang sebapa dengannya. Puteri itu adalah arwah bondaku yang tersayang.....

Sebenarnya hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran arwah emak. Ucapan hari lahir yang terakhir aku ucapkan pada arwah mak adalah pada 10 mac 2006 iaitu sempena kelahirannya yang ke 45 tahun. Memandangkan arwah mak berkahwin pada usia yang muda... jadi jarak umur aku dan arwah mak tak jauh sangat. Hanya 17 tahun saja. Jadi sebab itulah aku boleh bersahabat baik dengan arwah mak. Segala perkara yang berlaku dalam hidupku pasti akan aku ceritakan pada arwah mak.

Sesungguhnya aku amat bersyukut kehadrat ilahi kerana aku telah dilahirkan oleh seorang insan yang berhati mulia.. penyayang ..peramah... pelawak..penghibur... tabah...punya kesabaran yang tinggi... Arwah mak seorang ibu dan seorang teman baik kepada diriku. Arwah mak memang seorang isteri yang taat dan sungguh sabar dalam menjalani kehidupannya tambahan pula hidup berpoligami...

Sebut saja poligami pasti orang-orang perempuan kurang senang mendengarnya. Tapi bagi arwah mak dia dah melaluinya lebih 19 tahun. dan hidup bersama abah selama hampir 30 tahun hingga ke akhir hayatnya. Aku bertuah kerana aku mempunyai banyak kenangan dan masa bersama arwah mak tambahan pula aku adala anak yang sulong dari 7 orang anaknya. Arwah mak yang kukenali adalah seorang yang happy go lucky... suka ketawa... suka menggembirakan orang lain... suka membuatkan orang ketawa dengan aksi dan gayanya atau percakapannya... pasti sesiapa yang mengenali arwah mak akan senang dan tidak merasa janggal untuk berbual dengannya sebab arwah mak memang peramah...

Masih jelas kedengaran suaranya... hilai tawanya... gelagatnya yang amat aku rindukan... anak-anakku hanya fauzan saja yang sempat merasai kasih sayangnya..Aku dan seluruh ahli keluargaku sememangnya meredhai pemergiannya. Meskipun aku dan seluruh keluargaku amat menyayanginya namun aku juga tau Allah lebih menyayangi dirinya. Aku masih ingat sejak aku bekerja sekiranya apa2 ingin aku belikan pasti akan aku belikan satu untuk arwah mak. Sudah pasti warna kesukaannya adalah merah dan warna yang ceria. Arwah mak tak suka warna yang malap ataupun pudar.

Kali terakhir hadiah harijadi arwah emak aku telah belikan set rantai dan gelang mutiara yang kebetulan aku pergi mengeskot kes ke sabah. Hingga kini rantai dan gelang mutiara itu ada kusimpan untuk kenangan. Apa jua pembelian dan hadiah dariku arwah emak tidak pernah komplen waima sehelai seluar dalam (kecik). Arwah  emak juga selalu berpesan kepadaku... jangan kedekut untuk berbelanja untuk makan dan minum... 
sebab tu arwah mak suka makan. Pernah arwah mak berkata... dia kalau tak lalu makan tuu maknanya tak lama laa tuu... ayat itu terngiang-ngiang di telingaku. Memang benar... waktu arwah mak terlantar sakit dan 2 minggu sebelum mahu meninggal arwah mak tak lalu nak makan dan minum....

Argghhh... banyak sungguh kenangan aku bersama arwah mak. Segalanya tersimpan kemas dalam ingatanku. Tidak pernah walau sesaat aku melupakannya. Hanya kiriman doa aku panjatkan kepada Ilahi agar rohnya dicucuri rahmat dan moga-moga arwah mak mendapat payung emas di syurga kelak. Walaupun aku rapat dengan arwah mak tapi aku tidak pandai untuk menyuarakan sayangku pada arwah mak. Hanya dengan kad saja yang pernah aku tuliskan.

Kalaulah arwah mak masih ada...pasti aku akan menelefonnya setiap hari. Masa aku bekerja di Tapah dulu pun menjadi kewajiban mendengar suara arwah mak setiap hari. Kalau aku tak telefon arwah mak pasti akan telefon. Pasti setiap hari ada berita dari mak. Tentang orang kampung..jiran tetangga juga akan diberitahu kepadaku. Arwah mak dan aku apabila ada di rumah pasti setiap hari akan pergi ke rumah opah pawiku. wajib... memang wajib... kalau tak pergi pasti ada yang tak kena dan tak senang untuk lena...

Aku tau... sesedih hati seorang anak... yang paling sedih sudah pasti opah dan atokku. Apabila bersembang pasal arwah mak pasti opahku menjadi sedih dan sayu. Aku tau opah pun amat merindui arwah mak. Aku juga tau abah pun sedih dan pasti teringat pada arwah mak walaupun abah tak pernah meluahkan isihatinya.
Aku pun tau semua orang akan mati jua dan tinggalkan dunia ini...

Kepada adik-adikku semua... jangan lupa doa untuk arwah mak tidak kira di mana kita berada. Moga impian arwah mak untuk melihat salah seorang anaknya menjadi al-hafiz akan tercapai. Kepada adikku sabri... moga achap akan berjaya menjadi seorang al-hafiz kelak...

Kepada adik-adikku semua.. us,.. jiji... cemani... kodan... mintan... achap... semoga kalian semua akan berjaya di dunia dan akhirat... bahagia sehingga ke akhir hayat...
juga tidak lupa kepada adik-adikku adda.. bulat... jiha... wan... moga kalian semua berjaya jua...

Meskipun arwah mak dah tiada hampir 5 tahun... namun semangat dirinya meresapi diriku...

al-Fatihah untuk arwah bondaku tersayang...











Monday, March 7, 2011

FB bagus gak yee

 Dengan adanya teknologi terkini ni... dan rangkaian laman sosial FB ni rupa-rupanya ada baiknya juga.. yelah yang baik jelah kita ambil. yang tak baik tuu takyahlah ikut kan..

Sebenarnya aku nak bagitau yang baiknya aku dapat jumpa ramai kawan-kawan lama terutama kawan masa di sekolah menengah.. kawan sekampung... kawan satu kolej dulu..kawan tempat kerja lama... itu yang aku teruja sangat...

sebut pasal jumpa kawan sekolej dulu.. teringat pulak aku zaman masa bergelar student dulu... erm.. zaman dok di melaka. dari alor gajah ke kuala sungai baru.. zaman dok hostel ke rumah sewa.. arghhh... masih segar dalam ingatan aku semua kenangan bersama teman-teman seperjuanganku...... rindunya pada teman-teman semua...

Paling tak boleh aku lupakan kenangan sewaktu tinggal di hostel kuala sungai baru. Masa tu Kolej baru aje berpindah. Kata orang tempat baru ni macam-macam hal la.. erm.. nak dijadikan ceritanya.. masa tu aku semester 3.. waktu tu aku tinggal di hostel lagi.. dan masa tu jugak aku menyandang jawatan sebagai ketua biro displin... hahahahaha...

Dengar displin jer mesti orang ingat aku.. memang aku macam garang... memang garang pun... tapi bertempat gak laa... tapi kalau kengkawan yang kenal dengan aku taulah karektor aku macam mana. Dengan adik-adik junior aku terpaksalah tegas skit. Kalau tidak susah gak nak kontrol dah ramai2 ni. Ingat lagi masa time minggu taaruf.. atau dipanggil orientasi...hehehe

Sudah pastilah aku orang yang susah nak gelak masa tuu... heheh sampai adik junior sebilik ngan aku masa tu jua ngan ayu takut nak tegur aku...hehehe tapi bila dah kenal aku.. amboi2 kemain lagi depa berdua ni... memang gila2 dibuatnya...

Tragedi yang tak boleh aku lupakan adalah waktu kes kecurian dalam asrama dan ada junior kena rasuk...arghhh... nenek...nenek  suaramu masih segar dalam ingatanku... waktu itu memang terpaksalah tunjuk berani dan perlu bertanggungjawab dengan adik-adik dan penghuni di asrama.. memang seram sejuk jugak bulu roma dibuatnya. hehehe teringat aku... kinah...yan.. ke hostel seberang.. sambil berjalan tegak bulu romaku...tapi buat2 bodo jee...heheh memang suara adik juniorku berubah jadi nenek kebayan... memang menggerunkan... tapi aku tepis jua dengan sedaya upaya.. masa pegang dia memang kuat tolakannya. Rasa sakit2 jugak laa tangan dengan bahu aku dibuatnya. Akhirnya alhamdullillah selamat jua...

Argghhh... banyak sungguh kenangan di Kolej Islam Melaka.. dan sekarang dah dikenali dengan nama yang lain. Bilalah agaknya dapat aku jejakkan kakiku semula ke kolej.... pasti sekarang sudah jauh berubah... begitu juga dengan teman-temanku semua. Ramai yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing. Alangkah gembiranya dapat berjumpa semula...




Nikmat kesihatan

ari ini aku tak kemana-mana disebabkan perut ku meragam dari pagi tadi. Agaknya penangan bihun sup kat pasar malam malam tadi. erm.. aku sorang je yang makan bihun.. suamiku dan anak-anak makan lain tak kena. Aku sorang pulak yang sakit-sakit perut. Itu pasal lah suami aku tak suka beli-beli makan kat luar ni..

Apabila perut sakit badan kita pun tak selesa. Bila badan tak selesa fikiran pun dok pk nak rehat jela...Walhal itu semua kita sendiri je yang handle. Hehehe... Betullah kata orang.. mencegah lebih baik dari mengubat... Erm.. sebelum kita sakit memang kita tak terfikir tu semua.. Tapi bila dah sakit apa-apa pun kita sanggup cari ubat dan penawarnya. Tapi kita sendiri taknak mencegahnya..

Contoh paling mudah... Adalah lebih baik masak di rumah dan makan di rumah sendiri waima goreng telur pun tak apa. hehehe.. itu ayat suami aku la.. Erm.. betul jugak tuu.. masak cincai2 pun kita tau apa yang kita masak tu.. kalau beli kat kedai ni.. kadang-kadang nampak je sedap tapi hampeh... dan kalau sedap sangat pulak banyak pulak bahan perasa diletaknya... Erm susah gak tuu...

Jadi kepada diriku dan seluruh keluarga dan kengkawanku semua... marilah kita mencegah diri kita dan keluarga kita dari penyakit-penyakit yang berbahaya akibat dari pemakanan kita sendiri. Memang tidak dinafikan lagi penyakit di Malaysia ini punca utamanya adalah dari pemakanan kita. Itu Doktor yang merawat arwah emakku dulu yang bagitau...

Bermaknanya biarlah kita sihat sepanjang hayat kita ni... Sebab kalau duit ada pun tapi nikmat kesihatan tiada.. memang takder maknanya aku rasa. Yelah.. dah tak sihat nak berjalan makan angin pun tak der semangat.. nak beribadat pun tak larat... nak buat keja pun tak der kederat...Teringat jugak aku kat arwah Maklong ku... Dia ada menyatakan impiannya hanyalah dia  nak sihat apabila anak-anaknya tanya apa lagi yang dia mahukan selepas rumahnya dibesarkan.

Kepada kengkawan ku semua...
Jagalah kesihatan kita semasa usia masih ada. Bukan bermakna tua itu sakit.. dan muda itu sihat.. semua orang harus menjaga kesihatan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubat kerana kos untuk berubat adalah berlipat kali ganda dari kos mencegah...

Memanglah semua orang akan mati. Siapa kata orang sihat tak mati?? ke situ pulak perginya. Cuma setiap orang pasti ingin merasai nikmat kesihatan sepanjang hayat mereka kan. 
Jagalah kesihatan anda dan keluarga anda...

Tuesday, March 1, 2011

minatku satu ketika dulu

Hari semakin larut malam....
Mataku belum lagi rasanya nak berlabuh...buah hatiku semuanya telah lena diulit mimpi.. Dikala sepi ini pasti memori semalam yang mampu mengusik jiwaku.. Adat kehidupan semalam adalah kenangan.. hari ini adalah satu kepastian dan esok penuh dengan penantian yang tidak kuketahui bagaimana...

Dahulu aku pernah berangan-angan mahu menjadi seorang penulis novel atau kata pendeknya 'novelis' hehehe tapi aku ni tak pandai berjiwang karat pun... walaupun aku ni minat giler ngan baca novel.. terutama buku2 cinta... hahahah... baca buku jiwang.. tapi orangnya brutal karat... aku boleh habiskan baca novel dalam sehari tu jugak kalau aku dah minat dan suka sangat jalan cerita novel tersebut. Sambil tergolek.. terlentang.. menerap.. macam2 gaya pun ada. Kalau waktu peot tuu aku suka sangat membaca novel sebab takyah nak berhenti2 terus sambung je... pastu berangan lah jadi heroin dalam novel tuu... hahahah itulah penangan kalau kita dah minat kan.... sanggup buat apa saja...

itu antara minat atau kesukaan ku dulu suatu ketika... sekarang ni nak tergolek baca novel hanya bila ada masa-masa terluang saja. tu pun jarang dapat peluang tu.. huhuhu


Anak-anakku sayang

Salam semua..
Dah 5 hari juga aku tak menaip di blog jejarikusayang ini. Bukan aku dah tak der idea nak menaip tapi banyak perkara yang aku uruskan beberapa hari ini. Tambahan pula anakku selsema dan batuk. Tapi mujurlah tak meragam sangat dia. Tadi dah amik ubat di klinik. Farhana pun tadi dah kena cucuk 5 bulan. Sedar tak sedar dah 5 bulan umur Farhana. Bulan depan Farhana akan diberi makan bijirin. InsyaAllah ummi akan masak bubur nasi untuk Farhana ye...

Bermula bulan Mac ni Fadhil terpaksalah aku hantar ke Taska Mak Ana. Agaknya dah lama cuti, Fadhil meragam jugak laa.. Mak Ana kata menangis dia di taska. Erm.. mula-mula memanglah. Dia nak biasakan diri kembali semula ke Taska. Mengambil masa jugalah kan...

Moksu dah mula kerja d Shah Alam. Jadi anak-anakku semua Fauzan..Fahim.Fadhil kenalah berdikari ye. Kenalah belajar tidur di bilik mereka sendiri. Tapi ada kalanya abahnya terpaksa jugak tido di sisi anak-anaknya. Nak buat camne. Kena belajar tido sendiri la. Lama-lama nanti dah biasa oklah tu. Farhana jugak yang tak ada kawan. Takpelah dekna... nanti ada rezeki InsyaAllah dekna ada kawan ye. Tapi lambat gi la.. ummi nak rehat dulu..hehehe

Ragam anak-anak ni ada kalanya membuatkan aku rasa tension... hilang kesabaran jugak... Tapi sebenar-benarnya ianya menguji sejauh mana kita nak berhadapan dengan karenah mereka. Ada 4 orang... kesemua ragam mereka tidak sama. Macam-macam perangai... Huhuhuhu

Muhammad Fauzan Aiman... anakku yang sulong...karektornya seorang yang agresif dan aktif....cepat berdikari...tapi penakut yang amat... suka pada sesuatu yang berfikir... kalau bagi lego bagi je kat dia.. dia leh reka macam-macam bentuk... Tapi cuba suruh dia baca ABC...IQRA' lambat-lambat je bacanya. Hatinya lembut... mudah tersentuh.. Kalau tengok cerita yang sedih-sedih pun boleh menangis... huhuhu... ojan...ojan... dia menamakan dirinya...

Muhammad Fahim Aiman... Anakku yang kedua... karektornya seorang yang lembut,.. senyap... tapi jangan tak tau.. dia garang juga orangnya.. sekali dia bercakap suaranya sampai satu sekolah boleh dengar...dia mudah merajuk dan kalau bercakap dengannya kena lemah lembut..huhuhu ... Bahasakan dirinya Paim...

Muhammad Fadhil Aiman... Anakku yang ketiga... karektornya tidak ubah seperti abang sulongnya tapi Fadhil lagi aktif. Seorang yang peramah. Semua orang ditegurnya. Agak ligat orangnya. Sedang belajar bercakap. Belum lancar lagi percakapannya. Masih pelat dan ada kalanya aku sendiri tak faham apa yang dikatakannya. Huhuhu... moksunya memanggil namanya dengan panggilan 'Pa...'

Marissa Farhana Amni... Anakku yang keempat.. pada masa ini dialah puteri pertama aku dan suami... Masih bayi lagi... Tidak banyak karenah. Mudahan dah besar pun tak banyak ragam ye... abang-abangnya semua memanggilnya dengan panggilan 'dekna'.....

Itulah ragam anak-anakku permata hatiku... Walaupun aku garang... sudah tentu aku sayang pada anak-anakku semua.. Ummi mahu kalian semua menjadi anak yang soleh dan solehah kelak...
amin....