Followers

Saturday, February 19, 2011

Aku cinta padamu selamanya

Ini adalah foto terbaru aku dan suamiku Mohd Fadzli Ahmad sewaktu majlis perkahwinan adikku di rumah abah di Felda Sg Behrang yang lalu....

Mengimbas kembali detik perkenalan aku dan suami amat melucukan... mencuit hati dan segalanya indah. Namun itulah yang dikatakan jodoh... siapa sangka sahabat pena... sahabat di alam maya dijodohkan menjadi suami isteri. Alhamdulillah telah 7 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri. Syukur juga kehadrat ilahi kerana kami telah dikurniakan dengan 3 orang putera dan 1 puteri.

Aku dan suami telah melalui zaman hidup perkahwinan jarak jauh atau singkatannya PJJ...3 tahun lebih kami tinggal berjauhan. arrghh... kalau dikenang-kenang memang tak sangka aku berjaya melalui saat-saat duka itu. Setelah berkahwin selama 2 minggu aku dah suami berpisah. Suamiku meneruskan kerjanya di Toyota Shah Alam dan aku meneruskan tugasku di JKM Tapah. Aku menjadi weekend wife.. gelaran kawanku kepadaku. Banyak pertanyaan orang disekeliling bila nak tinggal sama. Sehingga aku mengandung putera sulongku... tiada rezeki lagi untuk tinggal bersama.

Pernah suatu ketika aku terfikir untuk berhenti kerja dan mengikut suamiku ke Shah Alam. Namun suamiku banyak memberikan aku kekuatan. Aku masih ingat selalu dia berkata 'kalau kita jumpa seminggu sekali atau 2 minggu sekali tapi ada pasangan lain yang lebih susah dari kita. Yang ditinggalkan berbulan-bulan lamanya. Apabila mendengar kata-katanya itu aku jadi kuat semula. Tapi alhamdulillah sejak mengandung hingga melahirkan anakku tidak banyak ragam. Tapi kini boleh tahan ragamnya.... duhai ....

Perkenalan aku dan suami biarlah menjadi rahsia....hehehehe... sebenarnya unik juga.. tapi biarlah di lain masa jika diizinkan tuhan daku coretkan. Cuma malam dinihari ini aku terasa untuk meluahkan sesuatu pada suamiku bahawa sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu... aku cinta padamu setulus hatiku... Aku bahagia menjadi isterimu dan aku mengharapkan kasih sayang kita akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Abang...
ayang nak mintak ampun dan maaf selama kita menjadi suami isteri ayang banyak melakukan salah dan silap. Ayang tau ayang ni bukanlah sempurna tapi itulah seadanya isteri abang ni.
Tapi dari sehari ke sehari aku masih belajar mengenali dan memahami suamiku. Begitu juga dirinya. Hari ke hari seakan-akan cuba memahami diri isterinya. Berselisih faham... tak sependapat itu biasa bagi kami. Selalunya citarasa aku dan suamiku berbeza. hehehe... memang tak sama. Tapi tidak sependapat itu tak jadi penghalang untuk aku dan suami membina rumahtangga kami yang bahagia. Kami sering bergurau dan mengusik takla tidak sependapat memanjang. Kalau jadi gitu payah jugak...

Suamiku menjadi seorang pendengar setia kepadaku. Dia tau isterinya akan bercerita apa jua perkara kepadanya. Tapi ada juga bila dah berlaku baru kuceritakan padanya. Hehehe.. maaflah ye abang.. ada kalanya ia perlu dirahsiakan sebelum dibagitau...Biasalah orang lelaki...kalau tau melenting dulu.. pot pet pot pet ngalahkan orang pompuan pulak...

Suamiku juga penasihat, juru runding, kaunselor, sahabat baiku dan segalanya pada diriku... Terima kasih atas segalanya kepada suamiku Mohd Fadzli Bin Ahmad. Aku cinta padamu selamanya.


2 comments:

  1. semoga berbahagia selamanya...amin..

    ReplyDelete
  2. teruslah mencoret, ianya akan jadi sejarah buat anda dan keluarga anda. amat berharga suatu hari nanti.tengoklah nanti, terutamanya setelah menjadi usahawan yang berjaya.

    ReplyDelete