Followers

Sunday, September 11, 2011

Salam Aidil Fitri

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri buat semua. Masih lagi kita diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi...

Dah lama aku tak update blogku ini. Erm.. sebulan berpuasa nak kata takde cerita nak dikongsikan memang banyak.. Tapi aku jer yang tak ada mood pulak nak menaip... hehehehe
Ni aku nak melepas hajat pulak.. nak citer sepanjang aku tak update blog ni.... panjang berjelalah pulak..hehehe sape nak baca...bacalah... sape tak nak baca...bacalah jugak... :)




gambar abah waktu nak berangkat gi haji tahun lepas

dekna dah mula merangkak... go dekna go...


Sebulan berpuasa alhamdulillah... 2 heroku MFA (Fauzan n Fahim) dah pun belajar berpuasa. Sungguh aku tak sangka dan percaya Fahim pulak boleh berpuasa penuh. Tapi Fauzan pulak yang bocor 5-6 hari jugak. Erm.. takpelah, bukan nak kira penuh atau tidak yang penting MFA dah belajar berpuasa. Tapi memang jenuh gak laa melayan karenah Fahim n Fauzan ni... Fahim memang terlebih ragam laa... Biasalah dia.. Tapi tak apalah... nama pun anak2 kan.... mana yang boleh layannnn jelah.. mana tak boleh tuuu boo layan la jawabnya....hehehehe

Alhamdulillah... Tahun ni aku sekeluarga berhari raya di kampungku. Giliran Perak dulu. Sebenarnya memang sayu rasa hatiku sebab abah tak ada bersama aku dan adik beradikku semua. Abah masih di Indonesia. Apa yang dapat aku lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan abah di sana. Mudahan segala urusan abah cepat selesai dan dapat balik ke Malaysia.

Pagi raya tak tau nak masak apa... aku ngan adikku cemani n adik iparku dayah sama2 masak lontong. Malam raya aku, cemani n mintan tido lewat berbahagi tugas... erm.. kalau arwah mak masih ada pasti lebih meriah dan berseri hari raya kami semua... Masakan mak memang sedap. walaupun campak2 je air tangannya takleh lawan lagi dan tak diwarisi pulak kami 3 orang anak perempuannya...huhuhuhu Tapi sejak aku dah menjadi isteri dan ibu ni aku cuba jugak untuk memasak dan belajar memasak dengan orang2 yang pakar memasak ni... dah upgrate jugak laa dari sehari ke sehari.... (perasaanku sendiri kot) hehehe

Pagi raya jam 7 pagi aku, Mr MFA, Fauzan, adik2ku jiji,cemani,kodan,achap n ahli keluarga baru kami isteri jiji- dayah. Mintan jaga 3 MFA lagi di rumah. Kami menziarahi kubur arwah mak n adam (anak jiji). Kami sedekahkan bacaan Yassin n bacaan tahlil untuk arwah bonda tersayang... Alhamdulillah adikku achap dapat hadiahkan pada arwah bonda 30juzuk bacaaan al-quran masa Ramadhan... aku kecewa gak tak dapat habis tahun ni.. ada beberapa juzuk lagi aku tak sempat nak habiskan... tapi doa dan sedekah bacaan al-quran tak pernah putus untuk arwah bondaku...
"Mak... kami semua sayangkan mak... hanya doa saja yang mampu kami titipkan kepada mak... Kami doakan mak beroleh ketenangan dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...."
kenangan bersama arwah mak tak mungkin dapat dijual beli dan pasti tak akan kami lupakan seumur hidup..

Kepada teman2 yang masih mempunyai bonda... jangan lupa berbakti dan sayangilah mereka dan bahagiakanlah diri mereka selagi mereka masih ada.... (pesanan dari jejarikusayang)

Selepas bermaafan dengan Mr MFA...adik beradiku n bergambar2 sempat juga kami bercakap dan mohon ampun dan maaf dengan abah di telefon. Dengar suara abah memang sayu hati ini. Semua cakap sikit sorang sebab cikzah yang kol... Selepas tu kami semua berangkat ke rumah opah uchu. Sebenarnya aku bersyukur kerana walaupun kami dah tak ada mak.. tapi kami masih mempunyai opah dan atok di kedua2 belah pihak. Opah dan atok la tempat kami merujuk dan berkongsi cerita...

Opah/atok uchu ni gelaran untuk kami sekeluarga buat opah/atok sebelah abah... Ini untuk membezakan opah/atok di sebelah arwah mak iaitu kami panggil opah/atok pawi. Selepas bermaafan bersalaman kami singgah sekejap di rumah makyong. suami makyong iaitu pakyoep adalah sepupu abah. Masa dulu makyong tinggal dekat rumah kami jugak. sekarang dah pindah di rumah sendiri. Selepas tu kami pergi ke rumah opah/atok pawi.. Tapi opah takde la pulak. Ikut maklang sekeluarga beraya ke besout... ada masa tu makjang sekeluarga n mak uda pun ada jugak....

Beraya di perak ni aku puaslah makan lemang n rendang. hehehe Sebab kalau aku beraya di kelantan.. susahnya nak jumpa ada lemang... (rasanya tak jumpa kot) biasalah lain negeri lain masakannya. Tapi aku tak kisah pun. Sebab aku boleh makan apa pun. Tolak batu n kayu je... heheheh Oklah panjang jugak tuu pasal beraya. Nanti aku citer pasal beraya n perjalanan kami balik ke kelate ikut cameron highland... ada cerita gak tuuu... aduh... pening..pening... ikut cameron highland... macam ular sawa daa... Tapi memang jimat masa n tenaga.... :)

Gambar2 raya tak upload lagi. kamera aku rosak pulak.. tumpang2 kamera adik je. erm... nak gi hantar kedai tengok apa rosaknya. Kalau mahal harga repair jawabnya kena beli yg baru lee... huhuhuu
Ok... jumpa lagi.
maaf zahir batin semua...

No comments:

Post a Comment