Followers

Saturday, November 26, 2011

Pergi tak Kembali

Lamanya pulak aku tak update blog aku nih...

Tanggal 19 November 2011 bersamaan 23 zulhijjah hari Sabtu.... jam 12.30 tghari aku mendapat panggilan telefon daripada pakchu..... waktu tu aku kat shah alam.... Sejurus dapat panggilan dari pakchu... aku memang tergamam.. terdiam tak bertanya apa2.... terus saja aku keluar dari dewan seminar dan bergegas balik ke rumahku di taman desa mas rawang... sempat juga aku membacakan al-fatihah untuk arwah opah... aku telefon Mr MFA dan maklumkan kepadanya serta minta beliau dan anak2 bersiap2 untuk balik ke kampung....

Setibanya di rumah opah uchu (panggilan untuk opah) sebab aku ada 2 orang opah di kampung yang sama. Sorang lagi adalah opah pawi... Itu gelaran aku yang berikan waktu kecik2 dulu nak membezakan kedua opahku... Waktu sampai di perkarangan rumah... banyak juga sedara mara yang sudah sampai... Dekna diambil n dijaga oleh makuda cemani... aku terus mengambil wuduk dan masuk ke ruang jenazah opah diletakkan... sempat aku menatap wajah opah yang kusayang... wajah opah bersih sejuk mata memandang dan kulihat mata opah pejam sedang tidur yang lena....aku hadiahkan bacaan surah yassin kepada opah... mudahan Allah swt menerimanya sebagai iringan doa untuk opahku......

Waktu ini sudah pasti aku teringat arwah mak yang dah 5 tahun pergi dulu meninggalkan kita semua. Ya.. yang hidup pasti akan mati... Itu satu kepastian. Hakikat yang mesti kita lalui. Cuma bila dan di mana adalah dalam pengetahuan Allah swt. Opah pergi meninggalkan suami @ atok abd wahab bin hamzah... 12 orang anak ( 2 orang anak dah meninggal dunia waktu kecil )13 orang menantu, 54 orang cucu, 25 orang cicit...

Alhamdulillah... jenazah opah selamat dimandikan...dikafankan...disolatkan... dan dikebumikan betul2 bersebelahan arwah bondaku.. segalanya selamat diuruskan jam 6.30 petang. Dengarnya itu permintaan dari abahku @ anak opah yang ke 3 minta disemadikan arwah ibunya di sebelah arwah isterinya @ bondaku. Abah sekarang masih di Indonesia. Abah sempat menelefon atok dan adik beradik yang lain. Abah redha dengan pemergian bondanya. walaupun tidak berjumpa aku yakin sebagai seorang anak yang dah 53 tahun menjadi anaknya sudah pasti kesedihan dapat dirasakan. Namun iringan doa itulah yang utama dari anak2 yang soleh. berpisah kasih sayang di dunia.... begitulah roda2 kehidupan manusia di dunia ini....

Sebagai cucu yang antara paling tua... ke3 selepas kak uji n kak ila... berkongsi dengan along... banyak kenangan bersama arwah opah. sudah tentu 33 tahun aku bergelar cucu kepadanya banyak suka duka yang dilalui opah aku turut merasainya. Sememangnya opah seorang isteri yang amat sabar dan tabah menghadapi segala ujian dari Ilahi. Seorang ibu yang amat perihatin dan seorang nenek yang peramah dengan cucu2nya. Arwah opah memang seorang suka bersembang. Di waktu opah masih sihat dulu banyak yang dibualkan dengan aku.. segala pantang larang...nasihat beliau akan aku jadikan panduan dalam kehidupan ini.. Kenangan bersamamu opah tak mungkin akan kulupakan...


senyuman opah sewaktu majlis berkumpul sanak saudara di hari raya aidil adha yang lalu

Yang pasti opah sudah pergi mengadap Ilahi dan tidak akan kembali ke dunia ini. Aku berdoa moga arwah opah akan tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...

al-fatihah untuk opah....

No comments:

Post a Comment