Followers

Friday, June 24, 2011

Dekna dah pandai isap susu dengan botol

Setelah 4 hari dekna ditinggalkan... erm.. dah pandai guna botol susu dekna sayang ni.. terkejut jugak aku dibuatnya... tak pe dekna... ummi dah balik.. tapi dekna dah tumbuh gigi yang tajam...jgn gigit2 orang tau... bila dekna nak pandai duduk n berjalan nih... tak sabar ummi nak tengok anak dara ummi ni berjalan.. Nanti senang sikit nak bawak dekna jalan2.... sayang dekna...
 tengoklah reaksi dekna menghisap susu dalam botol tuuu...

 Reaksi dekna sebelum diberi susu.....lapar la tuuu


 sambil isap susu sempat lagi tengok kamera.... takleh senyumlah ummi....
 Nyam..nyam..... dekna pandai pegang botol susu laaa....

 dah tak peduli kat orang lain dah... sempat jeling kamera jee
memang haus betul dekna ni... shrup...shrupppp

akhirnya berjaya juga sebotol susu dekna habiskan.... erm.. takderlah susah sangat dah nanti dekna kena tinggal... sayang dekna.... umpphhhhhh


Thursday, June 23, 2011

Pengalaman Yang Amat Manis

Salam semua....
Sudah beberapa hari aku tak dapat menaip di blog jejarikusayang ni... rindu rasanya.. Aku dah pun selamat sampai ke tanah air dan dah pun berada di rumahku. Alhamdulillah segala perancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar. Anak-anakku pun semua sihat2 je Terutama Dekna... terima kasih bebanyak pada cikyah kerana menjaga dekna sepanjang aku tiada. Apa yang aku terkejut... dekna dah pandai minum susu dalam botol... patut la dia tak meragam ditinggalkan...syukur alhamdulillah....

Bersama cdm kak as, cdm haryati, dsm kakli n dsm farah....
 Bersama suamiku tersayang... terima kasih menghantar daku ke KLIA..
 Bersama mentor hebat cdm Faridah Mohd Ali
 Iza dan aku bersama suami tersayang ...
 wajah excited dapat naik Cathay Pasific ke Hongkong.....
 posing mana sempat jee... hehehe










 waktu tiba di hotel L Nina Hongkong....
 Malam Gala Dinner di Hotel L Nina bersama 615 orang lagi deligasi yg lain...bommm
 Sempat posing selepas breakfast dim sum di Islamic Centre Hongkong
 Sempat berdoa moga diselamatkan semuanya sebelum bergembira di Disneyland....
 Pemandangan di sekitar Bandar Hongkong... sempat posing gi..heheehe
 Disneyland Hongkong memang best untuk bersuka2 menghilangkan stress....
 Ramai giler orang gi kebetulan hari Ahad n ulang tahun ke 5 Disneyland...
Pancuran air yang laju tetap tak dapat mendinginkan cuaca yang memang hot..hot..hot.. 

Itu sebahagian gambar2 yg sempat aku upload kan.. banyak gi gambar2 menarik yang sempat dirakamkan waktu di sana.. Tapi ada gak aku tumpang2 bergambar dengan kengkawan je.. sebab masa di disneyland.. bateri kamera aku kong pulak... aku terlupa nak cas malam tuu... eeeee... frust tul... tapi ada gak gambar2 di sana.. cuma tak dapatlah aku snap banyak2 tempat permainan yang aku main.. memang best giler... sebenarnya mak-mak orang yang teruja sangat pun... sebab kat sini orang tak kira tua muda kanak2 sape pun kita... sebab memang kat sini tempat orang nak enjoy2..... terutama naik space mountain....satu kenangan yang cukup indah dan best sangat2.....  next trip ke Holland / Belgium @ Umrah... jom2 kita rebut dan usaha untuk dapatkan trip pelancongan ini secara percuma... FOC.. memang best n terbaik awokkkk...

Jumpa lagi di lain citer....

Wednesday, June 15, 2011

Camne Dekna ni

Hari ni aku try buka pagi2 hari lagi... Fauzan, Fahim dan suamiku dah pun pergi sekolah. Fadhil ngan Farhana masih tido lagi. Nak gi hantar taska jap gi. Takpe, bagilah Fadhil tido dulu. Sian pulak ganggu dia tido. Satgi aku kuar kang baru hantar berdua ni ke taska. Ikut hati nak hantar pagi ni...Dekna ni jap2 rengek nak nyusu.. kul 9 kang hantar laa...

Sebenarnya perasaan aku ni macam2 ada ni.. rasa berdebar pun ada.. gelisah.. takut.. susah hati... gembira.. tak sabar.. excited... semua ada.. Ni semua gara2 aku dapat tiket percuma ke Hongkong Disneyland laa.. 18 hb Jun ni InsyaAllah aku akan pergi ke sana bersama2 rakan-rakan di Akademi Taipan yang lain. Aku sebenarnya memang teruja nak gi. Maklumlah ini adalah pertama kali nak pergi ke luar negara. Walaupun bukan pertama kali naik kapal terbang. Tapi rasa gayat pun ada. Hehehe.... Aku tak dapat nak bayangkan macam mana perjalanan aku ke sana nanti sebab memang tak pernah pergi kan...

Apa yang aku fikir sekarang ni... adalah anakku Marissa Farhana Amni ni... Anak-anakku yang lain pun risau gak tapi taklah susah hati sangat sebab suamiku ada untuk menjaganya. Tapi Dekna sayang ni mana pernah berpisah denganku di malam hari. Mesti berkepit di bawah ketiak umminya. Adoi... itu yang buat serabut kepala aku memikirkannya. 4 hari 3 malam macam tak lama... Tapi orang yang ditinggalkan ni rasa macam mana tak taulah... Yang lebih susah nya adalah orang yang nak menjaga dekna nih.. Cikyah dah sanggup nak jaga dekna.... Mudahan dekna takla meragam sangat.. Sebenarnya anak2 aku ni dari kecik lagi tak meragam mana. Cukup makan...susu..tido.. memang tak buat ragam laa... mudah juga untuk dijaga.. cuma masalah dekna ni adalah menyusu badan jee...


Monday, June 13, 2011

JEJARIKU SAYANG CORAT CORET KEHIDUPAN: Kembali semula berblog

JEJARIKU SAYANG CORAT CORET KEHIDUPAN: Kembali semula berblog: "salam buat semua.... sudah agak lama aku tak mengupdate blog ku ini. Semakin sepi tanpa khabar berita dan cerita.... sebenarnya banyak ceri..."

Kembali semula berblog

salam buat semua....
sudah agak lama aku tak mengupdate blog ku ini. Semakin sepi tanpa khabar berita dan cerita.... sebenarnya banyak cerita ingin kukongsikan kepada anda semua.. berita yang terkini adalah aku dah pun selamat kembali dari bercuti di kampung @ rumah ibu mertuaku di kelantan...Sepanjang bercuti di kelantan... ada beberapa perkara yang berlaku. Antaranya apabila di rumah ibu mertuaku diadakan tempat perkumpulan sepupu sepapatku berkumpul dengan membakar ayam dan sambil menonton bola sepak kelantan melawan terengganu. Fuyooooo..... memang meriah giler.... seronok aku rasa... walaupun aku ni orang 'luar' tapi bila dah berkahwin dengan cucu mok slamah ni... kira ada gak laa kait mengaitnya kan... sebab kalau tak ada aku takder laa cicit2 mok aji ni... @ nenek kepada suamiku ini... @ ibu kepada ayah mertuaku...

Banyak juga gambar2 yang dirakam untuk dijadikan kenangan.... telah pun ditag di dalam group anak cucu cicit mok slamah...

Baru semalam aku telah pun diberitahu oleh suamiku sepupunya Marhamah telah pun meninggal dunia di Hospital HUSM Kubang Kerian.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.... tiada kata yang dapat aku katanya hanyalah kutitipkan doa dan bacaan al-fatihah untuk arwah Marhamah... Masih muda usianya... umur 28 tahun.. Tapi itulah dinamakan ajal maut... semuanya ditentukan oleh Ilahi. Darinya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali... Tiap yang bernyawa pasti akan mati...


Sepanjang aku bercuti ni banyak jugak perkara yang berlaku... di Pejabat pulak.. aku dengar Faiza Nor dapat bertukar pulak... katanya tukar ke PLPP Bangi.. erm.. pas sorang2 bertukar... tapi nak buat camne.. semua orang ada kehidupan keluarga masing2... Moga faiza terus maju jaya laa yee..

Agenda aku seterusnya... InsyaAllah pasni aku akan terus update blog aku ni setiap hari... InsyaAllah...
Banyak cerita nak dikongsikan bersama... jumpa lagi InsyaAllah...

Monday, April 25, 2011

Salam semua....
Sudah agak lama juga aku tak menjengah ke blog ku ini. Bukan tak ada cerita nak ditaipkan.. Tetapi sejak aku ada kat kg ni... jap aku balik rawang... line di kg kurang memuaskan... jadi aku pun jadi tak semangat nak berblog.... erm.. sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak update di blog ku ini. Memang banyak perkara yang berlaku dalam kehidupanku seharian.
Jadual balik kampung ku telah berubah. Kini aku bila2 masa saje boleh balik ke kampung tanpa tunggu cuti sekolah atau mengambil cuti kerja di pejabat. Kesempatan yang ada ini akan aku gunakan sebaik mungkin.
Tiba-tiba aku teringat kepada arwah mak. Alangkah gembira dan sukanya diriku kalau arwah mak masih ada. Pasti banyak cerita banyak perkara yang akan aku bualkan dengan mak apabila berjumpa.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku tak kerja2. Sebenarnya aku mengambil cuti tanpa gaji selepas tempoh cuti bersalin tempohari. Sudah lama aku mengidam dan impikan untuk bercuti lama. Aku impikan untuk merehatkan minda dan fikiranku dengan timbunan fail-fail di pejabat. Erm.. bukan aku tak suka dengan kerjaya aku... Tapi ada sesuatu yang tak dapat aku lakukan waktu aku kerja di pejabat. Yelah.. waktu kerja di pejabat sudah pasti masa kerja terikat dengan punch card.. keluar rumah gelap dan balik rumah pun gelap.. Itu adalah lumrah kehidupan aku. Sedar tak sedar hampir 9 tahun juga aku di JKM. Aku sering bertanya kepada diriku adakah aku akan bekerja hingga akhir hayat aku di JKM?? Kita hanyalah merancang... Allah juga merancang untuk berikan yang terbaik untuk kita. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah s.w.t. Itu sememangnya tak perlu dipertikaikan lagi.

Sudah lama tak menaip ni banyak cerita gak yang berlaku.. ada berita gembira, suka, duka, sedih, lucu dan macam-macam lagi. Tapi esok-esoklah aku sambung lagi.. nanti taip panjang2 line ko.. buat frust jee...

Lamanya tak tulis blog