Followers

Saturday, October 8, 2011

DAH GUNA BIO EVER NANO CREAM?

Alhamdulillah... dapat berjumpa lagi kita di blog...

Petang tadi MFA ku balik dari berkhemah.... Bukan main suka lagi fahim n fauzan. Katanya best khemah.. Tapi dengar dari Mr MFA depa berdua tak tido dalam khemah pun... tapi tido kat bilik guru besar beralaskan 'toto'.. bila ditanya ok ke tak kat Mr MFA... dia jawab "erm.. macam tuu laa... mungkin under control gi kot... kalau apa2 berlaku mesti dah panjang berderet2 abahnya bercerita... nakal2 macam selalu laa agaknya...

Ni Mr MFA dah kepengsanan.... agaknya malam tadi tak tido kot. berjaga atau bersembang ngan kengkawan cikgu cikginya kat sekolah tuuu.. maklumlah... bila dapat berkumpul ni apa lagi.. Orang lelaki ni dapat bersembang ngalahkan orang perempuan jugak...tul tak??? hehehe

Program aku dari pagi tadi pulak... kul 9 pagi aku dah pergi ke Klang... ada 'Open Day' Hari Kecantikan Wanita... Erm.. aku jarang2 pergi.. ada kesempatan tuu cubalah hadirkan diri. Best jugak.. ada produk baru bakal dikeluarkan... semuanya untuk wanita2...nak tegang...nak awet muda..nak slim.. nak montok semua ada... tunggu nanti aku war2kan yeee....

sabun pun ada laa... bestnyaaa....tunggu... aku guna n pakai testimoni pada diri sendiri dulu k...
cuma ni salah satu produk untuk tegang2 ....awet muda.... sape2 berminat nak tau boleh roger aku nanti yee...Bagus cream ni... Bioever cream yang tiada bahan kimia pun.. Hanya kacang soya, pucuk kadok n pegaga.... kegunaannya memang luar biasa. Sapu di tangan muka akan jadi tegang... tak percaya? cubalah sendiri.. ada banyak testimoni pun... lelaki pun boleh guna jugak... sebab bukan sapu kat muka pun walaupun kesannya akan naik di muka... Sebab krim ini menggunakan teknologi nano...so memang halus n cepat meresap ke dalam tubuh... melalui perjalanan darah...sape2 nak cuba aku ada buat set percubaan....berminat sila inbox k...

sedikit info pasal krim Bio-ever Nano Cream

Bio-ever nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano seperti pegaga(Centella Asiatica), Wild Yam(Dioascorea Villosa) dan kacang soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan meransang sintesis kolagen. Wild Yan dan kacang soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.

KEBERKESANAN
* Kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan
* Kaya dengan diosgenin yang boleh mengaktifkan hormon membantu menggalakkan kadar metabolisme dan menyelaraskan sistem saraf.
* Memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain.
* Meningkatkan daya stamina dan tenaga....

Kena cuba sendiri baru dapat rasa camne..... 

Program tu sampai petang. Tapi aku tak tunggu sampai habis... sebab tinggalkan 2 orang MFA ku dengan moksu chah... sian pulak kat dia lama2 tinggal... Hari ni Taska tak bukak so terpaksalah minta tolong moksu chah jagakan Fadhil n Farhana... tq moksu....

oklah..
selamat malam...

Friday, October 7, 2011

MFA punya Cerita daa

salam buat teman-teman...




Malam ni rasa sunyi pulak. Sebab 3 orang MFA takada kat rumah ni...
My hubby Mr MFA n 2 orang MFA aku (Fauzan n Fahim) tidur kat sekolah. Ada champing katanya. Erm.. fauzan n fahim dah seminggu dok sebut2 nak ikut abah gi champing... balik sekolah je itu disebutnya.

 Akhirnya berjaya jugak mereka dibawa oleh Mr MFA ke SKLB. Aku tak taulah apa citer mereka berdua kat sana. Ok ke tak ok ke. Abahnya dah pesan..."Kalau tak dengar kata abah... buat nakal terlampau... abah memang tak bawak dah bila2..." Fahim n Fauzan jawab ok je.. ok depa berdua setara mana tak taulah.... Ummi no komenla abah yee.. arap2 oklah...
 
Tinggal Fadhil n Farhana kat rumah ni. Mujur ada moksu chah... kalau dak ummi garenti balik sg behrang.. ataupun mesti gi rumah achik midah...hehehe mana pernah gi tinggal sorang kat rumah ni ngan anak2...tak taulah aku ni... nampak je berani tapi penakut jugak...:) Selalu aku yang tinggalkan Mr MFA n anak2 gi kursus. Mr MFA memang jarang2 gi kursus or kena gi bermalam ni... selagi boleh elak tuu dielaknya laa...hehehe dia dah tau isterinya penakut...huhuhu

Aku ni ada satu penyakit gak... aku sokmo terperanjat... Mr MFA memang tau laa camne kalau aku terkejut... dia sokmo terkena. Walhal dia takde niat nak terperanjatkan aku... Kadang2 aku dalam bilik...dia dari tingkat bawah naik atas... aku boleh terperanjat cam nampak hantu pencuri...hahahah..banyak kali dah jadi sampai Mr MFA kalau nampak aku tengah buat keja dalam bilik aku tak perasan kat dia mesti dia bagi salam ke bagi aku perasan... kalau dak nanti aku terkejut... dah terkejut aku marah kat dia...hahahhahah... lawak tul...

Tapi Mr MFA ni memang sporting n kira boleh harap gak laaa....hahahaha puji nampak... erm.. yela kan.. sape gi nak puji... kalau tak isteri tersayang ni... kui kui kui...
Mr MFA ni rajin gak layan anak2 dia... basuh berak...mandi.. bagi makan... semua dia buat dah... satu je dia tak buat... tak mengandung n beranak jee...heheheh
tapi yang aku perasan... tiap kali aku nak mengandung... Mr MFA mesti demam.. sampai mc.. erm... berkalih kat dia rupanya.... Aku lak sebanyak 4 kali mengandung n bersalin ni... alhamdulillah... syukur sangat2... tak mabuk... tak alahan... aku tak tau rasa camne morning sickness... muntah2... seingat aku kalau mengandung tuu.. adala sekali dua aku termuntah.... tuu pun masa anak pertama jeee... yang lain2 tau2 perut besar... tau2 dah nak bersalin.. tau2 kuarlaa MFA dah 4 orang ni...

Erm.. sebenarnya nama MFA tuu my hubby laa buat gelaran sendiri.. nama dia pun.. pastu bila lahir anak yang pertama... Mr MFA nak letak Fauzan (kejayaan) aku pulak nak letak Aiman (yang bertuah) campur semua jadilah Muhammad Fauzan Aiman......dah 6 tahun dah fauzan ni... dia gelar kat diri dia ojan... fauzan ni dah pra sekolah kat sekolah Mr MFA... tapi masalah skrang ni dia tak fokus dalam study.... tengah insentif ngajar dia bagi kenal huruf...fauzan ni memang kreatif dalam bab2 reka cipta ni....bagi barang terpakai kat dia... habis direkanya jadi kapal laa....pancing laa.. penukul laa... segala macam benda laa...
ummi doakan untuk fauzan yee....

anak kedua pulak tuu Muhammad Fahim Aiman... sebenarnya umur fahim tak cukup lagi 5 tahun... 26 disember ni baru 5 tahun.. tapi dia dah gi pra sama ngan abangnya. aku n suami malas nak cari2 transit kat taska..lagipun ada kawan la mereka berdua tuu.. Itupun rezeki jugak sebab masih ada kosong di pra di sekolah Lembah Beringin tuu... Erm... Fahim ni hobinya bertanya...heheheh...janganlah ada yang buat perkara yang boleh menimbulkan pertanyaannya.. pasti dia akan bertanya...'kenapa....bla..bla..bla...''' so.. sila jawab yee... memandangkan usia dia tak cukup lagi 5 tahun so dia ni ada kalanya meragam skit laa. Tapi cepat faham bila diajar... erm.. sekarang ni dia pulak jadi cikgu kat fauzan... huhuhu

apa pun.... semoga Fauzan n fahim akan rajin belajar... n pas belajar leh buat business ngan ummi ye... memang aku niat nak didik anak-anakku untuk berniaga... nak jadi al-hafiz ke cikgu ke ustaz ke tapi  mesti berniaga tau.. kena mantapkan ekonomi ummat Islam... cam orang cina tu laa.. kecik2 dah diajar suka berniaga... sebab tuu depa kuat berniaga.. tapi kita ni kecik2 lagi diajar suh keja gomen.... huhuhuuhhu

Moga Impian dan harapan menjadi realiti...
kena usaha dari sekarang...
1 love u all MFA ...

jumpa lagi lain entry...
selamat malam semua...






Wednesday, October 5, 2011

Pilihan ditangan kita

Salam u all...


Aku nak sambung sikit la pasal entry sebelum ni. Aku ada bagitau pasal Kempen Anticanser kan. Memandangkan ni bulan Oktober...so, aku nak kempen pasal anticanser je kat entry kali ni.



Seperti yang aku bagitau sebelum ni.. Aku nak berkongsi dengan kengkawan semua dan sape2 pun anda yang terbaca entry ni ke... leh la sampai2kan pada kaum2 wanita diluar sana...memanglah aku jual bra ni.. tapi first niat aku ni nak sebarkan kepada anda semua betapa penyakit yang amat digeruni kaum wanita adalah breast canser... betul tak? setuju? Sape setuju buat tangan cam Usop Wilcha... hehehehe

Sebenarnya ramai orang tau penyakit canser ni bahaya.... menakutkan... dan lain-lain sengkatan dengannya. Tetapi tidak ramai yang tau sebenarnya penyakit canser ni membunuh sel dalam badan kita secara diam dan senyap tanpa kita sedari pun. Tau-tau dah stage 3...4... erm.. memang nak kesan awal2 canser aku difahamkan agak payah terutama canser payudara...Melalui maklumat penyakit canser payudara ni macam-macam jenis. Ada yang berakar tak berakar dan macam2 gi.

Aku bukanla nak citer pasal canser secara detail.. kang lebih dari doktor pulak.. dah la doktor tak bertauliah..satgi aku kena saman pulak...hehehe... Cuma aku nak berkongsi maklumat dan pengalaman yang aku ada pada korang semua. Sebab penyakit canser ni memang dekat dihatiku... Walaupun dekat dihati tapi minta dijauhkan la dari penyakit ni... Arwah bondaku yang tersayang pun mengidap penyakit canser. Meninggal dunia ketika umur 45 tahun penyakit canser serviks.. atau lebih dikenali barah pangkal rahim. Aku nak bagitau kat korang semua... Bila dah diconfirmkan canser... memang pelbagai cara...usaha..ubat.. dilakukan bagi mengubati penyakit ini. Aku ingat lagi abah sanggup membeli mesin elektrolit cam Al-Jabar tuuu.. mesin jalankan darah... Masa tuu harga RM15 ribu... Memang apa je orang bagitau leh ubat... sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan bagi mengubati penyakit canser ni.

Sebenarnya aku tak nak citer pasal kesakitan yang dialami penyakit canser ni.. walaupun aku tak merasainya tapi aku menjaga arwah bonda hingga hujung nyawanya. Bukan nak kata aku ni anak solehah... tapi arap2 solehah laa...:) tapi aku nak kata keperitan menanggung kesakitan itu tak dapat digambarkan laa.. Memanglah... kesakitan itu menghapuskan dosa2 kecil kita...Tapi selagi bernyawa takkan kita nak membiarkan diri kita dengan penyakit canser ni.. Takkan kita taknak melindungi dan mencegah sel canser ni bersarang di tubuh badan kita. Sape yang nak rasa sakit canser? angkat tangan? Tentu tak mahukan...

So... mau cegah atau nak diam diri je.. pilihan di tangan kita sebenarnya. Dulu aku pun buta pasal penyakit ni. Tapi bila arwah mak mengidap canser.. aku terus jadi celik mata n celik hati. Memanglah semua orang akan mati... sape pulak kata tak kena penyakit canser tak mati... adui..

Cuma selagi bernafas di muka bumi ini... biarlah kita sihat hingga hujung nyawa... kesihatan itu adalah satu kenikmatan pada diri aku. Sebab apa2 kita nak buat beribadah...beriadah...bersukan...ber...ber.. macam2 lagi tuu semua perlukan kesihatan yang baik.. Kalau dak mesti kita rasa tak selesa kan.. tul tak? contoh kena selsema pun habis semua tak selesa nak buat... setuju tak???

Aku bukan apa... tengok masyarakat kita ni... kalau telefon...barang2 lain beribu raban jugak depa membelinya... tak kisah pun duit dikeluarkan. Sanggup pinjam sana sini gak untuk dapatkan idaman hati.. Tapi bila cerita pasal untuk diri sendiri.. lindungi diri sendiri.. nak sihat ... nak cantik aset depa ni... kata mahal pulak aek.. RM480 tak mampu.. tapi I-pad ... Galaxy... Blackbery tukar ganti aku tengok... huhuhu tapi taklah semua orang... hehehe.. satgi ada pulak yg tak nak tegur aku pulak dok kata aku kuatnya ngepen..

Aku lawak2 jugak ni.. tapi sungguh aku bagitau korang.. jagalah... peliharalah aset korang tuuu...yang en suami2 tuuu tolong jaga dengan tolong beli untuk isteri tuu... jangan beli yang rm10 dapat 3 helai..heheh.. korang ibarat gini laa... hp harga rm50 dengan hp harga rm1500. mana cantik? mana menarik? mana canggih? dah tentulah yg ribu riban ni kan.... gambor pun cantik... Jadi itulah umpamanya... nak cantik menarik tertarik aset kita tuu peliharalah... jgn tangkap muat je..  Sebab Short bra yang aku jual ni bukan main tangkap pakai je.. kena ukur aset korang tu bape cm... pastu baru dapatkan saiz... So, memang gerenti selesa dipakai...

Kang aku nak citer lebih2 pakai keistimewaan short bra ni korang kata kuat lak nak ngenpen.. tapi kalau tak citer korang tak tau pulak.. sebab korang tak pakai gi kan... Oklah.. ada 5 kebaikan yang korang dapat dengan shortbra ni......



1. Anti Canser... Bukan aku kata korang pakai bra ni tak kena canser... cuma disebabkan bra ni guna teknolgi FIR jadi dia dapat mencegah sel canser dari berumah atau bertandang ke aset kita tuu.. Kalau nak jadi canser tuu biasanya pemakai akan merasa tak selesa atau sakit laa bila pakai....dah tuu cepat2laa cek doktor... atleast leh kesan dari awal2 tuuu okla kan...

2. Breast Firmed ... Aset korang tuuu dibentuk jadi cantik ...molek...sedap la skit mata memandang.... especially che abang sayang... ( bagi yang kahwin je yee....hehehehhe) sebab ada cara pakainya supaya lemak2 korang tuu terletak ditempat sepatutnya..... nanti aku ajar aek... :)

3. Detoxification.... dengan guna short bra ni sedikit sebanyak boleh membuang toksin dalam badan
 korang tuu.. dia serap melalui baju tu laa.. sebab fabrik short bra ni bukan sembarangan fabrik yee....nak citer pasal kain dia lain entry laa k..:) pasal tuu basuh takleh jemur bawah mentari... kualiti fabrik n FIR tu kena jaga molek2 laa....

4. Milk enhancer .... menggalakkan dan membanyakkan air susu.. memang sesuai laa untuk ibu2 yang nak menyusukan anak hingga 2 tahun tuu.. aku sendiri dah alami... memang melimpah ruah susu untuk dekna sayangku... nak menyusu pun senang... buka cup dia ke bawah... so aset korang tuu terletak laa.. walaupun menyusu badan.. tak laa londeh semacam jee.....heheheh

5.Ez,safe,cheep...... Senang....selamat... murah...sape kata mahal? Angka memang la korang rasa mahal. Tapi berbaloi2 la dengan teknologi yang digunakan. Macam hp tadi laa. umpamanya yg murah leh call n msg je berbanding yang mahal tadi segala macam mak nenek leh buat kat hp tuu...
So... fikir2kanlah ye kengkawan...
Memanglah aku ni berniaga... tapi dalam blog aku ni... ikut suka aku laa nak taip apa kan...heheheh...sebab ni blog jejarikusayang...

Oklah... dah berjela dah aku ngempen ni... korang tak beli n pakai tak guna jugak...sebab tak dapat rasa cam orang2 yang dah pakai... tak percaya?? cubalah sendiri... gerenti puas hati....  
cam kempen undi laa... korang tak undi tak guna jugak pot pet pot pet... tul tak??? setuju?? heheheh

minta maaf laa yee kalau ada yg tak gemor entry aku kali ini.... Tapi itulah hakikatnya ...realitinya... kita kaum wanita kena laa protect aset kita tu sebaik yg mungkin.... Allah s.w.t dah bagi sebaik2 kejadian dah tuu pada wanita ni.. so, peliharalah ia dengan sebaik2 pakaian dalam jugak.... ;)
Jangan luar je gah...baju beratusan lip lap lip lap....
baju dalaman semurah yang ada... 5 hinggit... 10 hinggit..huhuhu
Tukarlah persepsi korang sebagaimana aku pun begitu juga dahulu....

Okaylah ye... sape2 yang dah mula sedar tuu... cepat2 call or msg aku ye.. 012-2309848 (maslinda) or buat temujanji dengan aku pun boleh... jangan malu2 pulak bagi kaum2 suami tuu....
sape2 tak sedar lagi tuuu.... nak buat camne... aset tuu korang punya... suka hati korangla nak jaga camne... aku ni sampaikan apa yg ada je...kongsi2kan yang baik2 jee....
jgn sampai cik abang sayang korang komplen barulah nak cari sana sini....

So.. jumpa di lain entry gi yee...
terima kasih yang sudi baca sampai habis...heheheh

Sunday, October 2, 2011

Jom Tukar Bra

Canser @ Barah

Salam buat semua...
Hari ini telah masuk bulan Oktober 2011... Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita semua. Semalam Mr MFA ada seminar di Darul Quran KKB. Jadi dikesempatan itu aku dan anak2 semua balik ke sg behrang. Kami semua lepak di rumah opah je sebab tiada orang di rumah 'atok aji' panggilan untuk abahku.

Lewat petang aku ke rumah opah uchu sambil nak jumpa sahabat aku "Rohayu Ahmad" untuk tempah kain yang dah lama aku beli untuk jahit buat tudung. Mula2 ayu takde kat rumah... dah rezeki nak jumpa dapat jugak berjumpa. Sambil berjumpa tuuu.. ayu bertanya kat aku pasal sahabat kami 'Noormasayu Anuar'. Sebenarnya aku baru jugak dapat jumpa ayu noormas panggilan aku pada beliau sebab aku ada 2 orang kawan bernama ayu masa zaman sekolah rendah dulu. Rohayu tanya sama ada aku tau atau tidak pasal anyu noormas tentang penyakit beliau. Aku ada dengar2 tapi kurang pasti apa masalah beliau. Tanpa berfikir panjang aku terus mengajak rohayu untuk pergi ke rumah noormasayu untuk menziarahi beliau. Rasa baik dengar dari mulut tuan punya badan sendiri. Selepas solat asar kami pun pergi ke rumah ayu noormas. Masa tu ayu noormas tak balik lagi dari rumah dia di bukit beruntung. Kami berdua pun tunggu je ayu kat rumah mak ayah dia. Mak ayah dia memang kami kenal pun. Yelah kami berkawan bukan sehari dua. dah berpuluh tahun. sejak zaman tadika...sekolah rendah lagi;. Cuma dah beranak pinak nii jarang bertemu jee...

dalam kul 7 malam ayu normas sampai kat rumah dia. Sempatlah aku dan rohayu bersalam n berpelukan dengan ayu noormas.. (itu memang panggilan bila ada 2 orang ayu serentak.. sebab nak membezakan rohayu n noormasayu) Masa tuu rasa sebak pun ada... tapi semua buat sardin je.. tambahan pula tak nak bagi mood sedih pada ayu noormas...

Mesti kengkawan or sape2 yang terbaca entry ni tertanya-tanya apa penyakit sahabat aku ni kan.. Sebenarnya bak kata ayu noormas... kalau korang terkejut mendengar berita penyakit beliau... Beliau apatah lagi tergamam bila mendapat tau penyakit beliau apabila diberitahu oleh doktor. Rasa tak silap aku ayu cakap dia dapat tau dia mempunyai penyakit canser atau barah payudara ni baru jee... dan apabila di buat ujian doktor mengesahkan canser beliau dah berada di stage 3... memang terkejut sangat2....

Aku tau.. bukan aku sorang yang terkejut... ayu tuan punya badan.. seluruh keluarga beliau pun terkejut. Namun aku dapat rasakan ayu begitu kuat n tabah menerima ketentuan Ilahi ini. Masih mampu tersenyum n bergelak ketawa semasa berkongsi cerita beliau dengan aku n rohayu. Sebenarnya banyak yang kami ingin bualkan tapi keadaan masa tu tak mengizinkan.. Kebetulan pula di rumah nenek ayu ada kenduri doa selamat untuk beliau. Bukan kami tak nak tunggu tapi sebab kami berdua memang tak plan dan dok tinggalkan anak2 kat rumah dengan suami... so. kami terpaksa pendekkan perbualan dan apa yang dapat aku bagitau supaya ayu kuat semangat. Sebenarnya aku memang dapat rasai bagaimana pengidap penyakit canser untuk melawan sakitnya sebab arwah mak dulu pun canser serviks jugak.

Kepada sahabatku Noormasayu Anuar... kalau2 ko terbaca entry aku ni... moga ko kuat semangat... terus lawan... kekal ceria...n moga ko akan sembuh dari penyakit tersebut... amin....

Kepada teman-teman yang mengenali ayu moga kalian dapat mendoakan kesejahteraan ayu n sape2 ada masa gi lawat ayu yee.. supaya ayu kekal ceria dalam melawan penyakit ini.

Okay... itu satu bab citer pasal kawan aku tuuh.. ni satu bab lain.. dah alang2 aku citer pasal cancer ni... tuu laa aku nak war2 kan pada kengkawan n semualah yang terbaca entry aku pada kali ini... tentang produk yang memang sekarang ni aku tengah ngempen laa.. Tapi kebetulan je pulak ni.. aku n rakan kongsi perniagaan aku memang sedang bekerjasama dalam kempen anticanser ni.. kami buat di pasaraya2 dan tempat2 yang ramai orang laa.. firstly nak bagi kesedaran pada orang ramai terutama wanita cam aku ni tentang pentingnya kita mencegah diri kita dari penyakit canser yang amat digeruni oleh wanita ni.. terutama canser payudara ni...

Apa kaitan yang aku nak bagitau ni adalah... sekarang ni aku tengah promosi besar2an produk Shor Bra yang menggunakan teknologi FIR untuk mencegah dari canser bertandang kepada diri kita. Ini adalah salah satu cara untuk kita mencegah... Biarlah kita berhabis wang sedikit demi masa depan dan seumur hidup kita untuk mendapat kesihatan yang baik. Bagi yang nak tau lebih lanjut lagi tentang Beautiful Short Bra ni boleh roger2 or sms aku yee... harganya takla mahal... mampu milik laa.. sebab aku tengok korang semua boleh beli hp ribu riban jugak... ni baru RM480 je..yang saiz normal laa.. yg extra skit tambah skit laa...saiz semua kena ukur dulu ikut dada masing2.. Jadi bila korang semua pakai memang selesa betul2 laa... pada kengkawan yang lelaki tambahan suami2 mithali nih.. eloklah korang belikan sehelai atau 2..3...4.. helai... untuk isteri korang ye... Jangan kedekut n berkira tentang kesihatan kita ni... sebab kalau dah sakit... korang kena sediakan puluhan ribu riban lagi untuk merawat.. Kalau tak percaya cakap aku.. cuba tanya ayu noormas.. bape puluhan ribu nak kena sediakan untuk bayaran kimo n radioterapi tuuu...

Sebelum ni aku malu2 gi nak citer kat blog aku ni pasal biz.. Tapi memandangkan keadaan masa kini aku jadi terpanggil pulak sambil berniaga jugak sambil aku nak bagi kesedaran pada kita semua utamakan kesihatan kita... cegah sebelum terkena... Aku rasa ayu noormas mesti setuju kan.. so pada kengkawan aku yang masih belum menukar pakaian dalam mereka cepat2lah tukar... nak guna 1 set premium beautiful pun bagus sangat2.... tapi nak try beautiful short bra dulu pun ok.. Boleh tak kalau aku bagitau kaum wanita ni dah jadi wajib pakai n tukar pakaian dalam mereka. Sape2 je yang nak tau lebih lanjut pasal pakaian dalam wanita ni boleh roger2 aku or sms aku or pm aku kat inbox yee...
ni no aku sape2 yang tak tau lagi .. maslinda - 012-2309848
jejarikusayang tuu nick name aku masa kat Kolej Islam Melaka... hehehehe

Berubahlah kengkawan semua... bukan suruh ubah apa pun.. ubah minda kita supaya pentingkan kesihatan.. cegah dulu sebelum terkena... jangan berkira dengan diri sendiri... sebab kalau dah sakit takde orang lain boleh tolong cover kan... memang diri kita sendiri yang tanggungnya... Kalau beli HP ..Ipad...Galaxy.. orang lain leh jugak tumpang2 tengok...pinjam2... Tapi beli pakaian dalam ni untuk diri anda sendiri.. Sayangilah payudara anda supaya sihat n selamat digunakan... macam iklan apa pulak yee...hehehe...
sorry2 yee... aku bukan nak melalut tapi niat aku memang nak kongsi yang baik je kat korang semua.. Kalau ada yang rasa aku ni nak ngempen tuu.. memanglah aku nak ngempen pun... tapi bukan nak amik kesempatan.. cuma kebetulan aku tengah ngempen pasal anticanser ni..... sape2 yang berminat boleh roger... sape2 tak minat atleast korang amik taulah ye... Sape2 yang tak ada masa nak call aku boleh sms n buat temujanji ngan aku ye.. aku leh gi kat tempat korang...leh jugak cuba untuk set percubaan.

Okay... apapun.. terima kasih laa kearna sudi baca entry aku ni... cepat...cepat... berubahlah sebelum terlambat... taknak Triump.... gantikan dengan beautiful short bra k...

 Kat bawah ni aku tunjuk gambar shor bra yang aku bagitau tuu yee.. nak real korang kena dapatkan sehelai untuk diri sendiri. Sape2 yang ada duit lebih lagi bagus hadiahkan dekat isteri,ibu,ibu mertua, kakak, adik, anak, makwe, tunang, kawan or sape2 je yang korang sayang ye.. Nak tau lagi lebih lanjut pasal FIR ni korang boleh tengok kat internet atau jom ikut aku gi JOM CHANTIQUES STUDIO kat Bandar Baru Bangi.. kat sini korang dapat dari A-Z... luar dan dalam ye... ;)



Inilah Beautiful Shor Bra yang memang selesa dipakai oleh tiap wanita. Jom tukar bra!!!
 


Inilah kempen yang sedang aku buat bersama2 team JC bersempena bulan Oktober ini. Cepat2 contact 012-2309848

kepada kengkawan yang menyusu memang bagus.. sebab membanyakkan air susu korang..aku dah merasainya sendiri.. korang cubalah sendiri..... Jom Tukar bra !!



 Premium Beautiful ni memang bagus sangat... korset superbrand di Malaysia. Kalau korang yang dah ada teruskan pakai.. sape2 tak pakai lagi atau ada masalah cara pakai..saiz tak betul boleh roger2 aku yee.. Sape2 yang berminat nak mendapatkan satu set juga boleh roger2 aku yee... Ada apa2 masalah ke nak tanya pun boleh roger aku ye.. Kalau malas roger send je msg kat aku ye...





terima kasih semua...
Jom Tukar Bra kita... Dail or sms maslinda amiruddin 012-2309848
Jumpa lagi di lain entry....

Thursday, September 29, 2011

Dekna dah Setahun

Dekna Setahun



Salam untuk semua...
Lamanya tak berblog... erm... dah habis pun syawal n beraya sana sini... sebulan musim raya ni badan pun rasanya naik jugak laa.. mana taknya.. makan sana sini.. makanan semua menyelerakan pulak.. rugi pulak kalau tak makan... huhuhuhu

Sedar tak sedar masa memang berlalu dengan pantas sekali. Dekna kusayang pun dah setahun. Puasnya dekna bersama ummi. Banyak masa juga aku dengan dekna.. Puas juga la dapat menyusukan dekna sepenuhnya. Tapi sekarang dekna dah pandai makan nasi dah... Makan banyak-banyak ye dekna.. Bagi gemuk skit...

Baru-baru ni aku gi jamuan raya kat Ofis...Makanan.... penuh terhidang.. banyak sungguh juadah kali ni.. rupanya setiap bahagian bawak portluck... erm.. patutlah makanan macam-macam.. semua ada.. ada nasi beriani..sate..nasi impit..soto..lontong...lemang..rendang.. roti jala...kek pelangi.. agar-agar..buah-buahan...jeruk pun ada... gula2...snek...biskut tat nenas pun ada.. Tapi aku tak makan semuala.. tak larat perutku nak makan semua ... aku makan sate n nasi beriani skit..  lain2 tu aku makan kudapan2 rasa biskut...rasa jeruk...kek...buah... Erm memang kenyang laa.... terima kasih pada bos n semua team PKMD Gombak... Tahun ni aku mari makan je yee.. Tahun depan aku tolong sama yee..heheheheh

Masa aku buat makan2 kat rumah ari tuu... ramai bebudak ofis tak datang... ada laa 5 orang je yg datang..terima kasih la pada nor,kaksofi,efa,azi n azni yg sudi datang ke rumah aku.. erm.. ada yang tak tau pun ada... macam2 keuzuran laa kengkawan ni.. ada yg kata rumah aku tuu jauh.. ye ker jauh?? dah aku ulang alik gi ofis tuuu jauh ke? erm... tak pe laa... bagi kengkawan yang terbaca entry aku ni mana yang tak kesempatan datang tuu bila2 datang je laa.. tak perlu tunggu open2 house ni... tapi kenalah roger dulu kalau dak dok luar pagar jelaa orang takde di rumah... heheheh

Kawan2 Mr MFA ramai gak datang... tapi kelakar jugak..masa depa datang tuu.. aku tak bersiap lagi.. masih terkedek2 kat dapur untuk potong2 sayur... Terima kasih gak kat cikgu umrah.. siap tolong potong sayur untuk nasi kerabu. memang kelam kabut skit aku dibuatnya sebab rupanya aku sorang je ari tuu.. Mula ingat ada laa adik aku tido kat rumah aku.. leh gak tolong2 potong2 sayur tuu... heheheh...

Tapi walau apapun alhamdulillah.... habis gak makanan.. dapat juga yg bawak balik... walaupun first time aku buat nasi kerabu.. rasanya boleh tahan laa..heheheh... bukan aku kata.. ramai yg kata gitulah... maknanya ada laa rasa nasi kerabu gak... tumis dia n kelapa dia memang aku mintak resepi kat kakcik (sepupu Mr MFA) terima kasih laa kat kakchik yee.....

Pada maktam,maksu,makwi yg tak dapat datang... takpe.. next time kita buat bakar2 pulak deh... Sebenarnya aku suka kalau berkumpul anak beranak ramai2 gitu.. Kalau masa arwah mak ada pasti lagi meriah n jadi happening giler... arwah mak pandai buat kelakar... apa je dia cakap mesti orang akan gelak.. arwah mak memang pandai menghiburkan hati orang... memang rindu kat masakan arwah mak... terutama time raya aritu.. tapi buat tak tau jee.. sebab kalau difikir2kan.. sedih2 pulak semuanya nanti...

kamera aku dah rosak... kena beli kamera lain gak laa.. kalau tidak susah laa nak update blog aku ni... gambo tak ada tak bestla rasanya....heheheh

oklah... arap2 pasni aku rajin laa update blog ni..... biar jadi harian kan....aku cuba jugak laa....
ok jumpa lagi di lain entry...


Sunday, September 11, 2011

Salam Aidil Fitri

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri buat semua. Masih lagi kita diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi...

Dah lama aku tak update blogku ini. Erm.. sebulan berpuasa nak kata takde cerita nak dikongsikan memang banyak.. Tapi aku jer yang tak ada mood pulak nak menaip... hehehehe
Ni aku nak melepas hajat pulak.. nak citer sepanjang aku tak update blog ni.... panjang berjelalah pulak..hehehe sape nak baca...bacalah... sape tak nak baca...bacalah jugak... :)




gambar abah waktu nak berangkat gi haji tahun lepas

dekna dah mula merangkak... go dekna go...


Sebulan berpuasa alhamdulillah... 2 heroku MFA (Fauzan n Fahim) dah pun belajar berpuasa. Sungguh aku tak sangka dan percaya Fahim pulak boleh berpuasa penuh. Tapi Fauzan pulak yang bocor 5-6 hari jugak. Erm.. takpelah, bukan nak kira penuh atau tidak yang penting MFA dah belajar berpuasa. Tapi memang jenuh gak laa melayan karenah Fahim n Fauzan ni... Fahim memang terlebih ragam laa... Biasalah dia.. Tapi tak apalah... nama pun anak2 kan.... mana yang boleh layannnn jelah.. mana tak boleh tuuu boo layan la jawabnya....hehehehe

Alhamdulillah... Tahun ni aku sekeluarga berhari raya di kampungku. Giliran Perak dulu. Sebenarnya memang sayu rasa hatiku sebab abah tak ada bersama aku dan adik beradikku semua. Abah masih di Indonesia. Apa yang dapat aku lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan abah di sana. Mudahan segala urusan abah cepat selesai dan dapat balik ke Malaysia.

Pagi raya tak tau nak masak apa... aku ngan adikku cemani n adik iparku dayah sama2 masak lontong. Malam raya aku, cemani n mintan tido lewat berbahagi tugas... erm.. kalau arwah mak masih ada pasti lebih meriah dan berseri hari raya kami semua... Masakan mak memang sedap. walaupun campak2 je air tangannya takleh lawan lagi dan tak diwarisi pulak kami 3 orang anak perempuannya...huhuhuhu Tapi sejak aku dah menjadi isteri dan ibu ni aku cuba jugak untuk memasak dan belajar memasak dengan orang2 yang pakar memasak ni... dah upgrate jugak laa dari sehari ke sehari.... (perasaanku sendiri kot) hehehe

Pagi raya jam 7 pagi aku, Mr MFA, Fauzan, adik2ku jiji,cemani,kodan,achap n ahli keluarga baru kami isteri jiji- dayah. Mintan jaga 3 MFA lagi di rumah. Kami menziarahi kubur arwah mak n adam (anak jiji). Kami sedekahkan bacaan Yassin n bacaan tahlil untuk arwah bonda tersayang... Alhamdulillah adikku achap dapat hadiahkan pada arwah bonda 30juzuk bacaaan al-quran masa Ramadhan... aku kecewa gak tak dapat habis tahun ni.. ada beberapa juzuk lagi aku tak sempat nak habiskan... tapi doa dan sedekah bacaan al-quran tak pernah putus untuk arwah bondaku...
"Mak... kami semua sayangkan mak... hanya doa saja yang mampu kami titipkan kepada mak... Kami doakan mak beroleh ketenangan dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...."
kenangan bersama arwah mak tak mungkin dapat dijual beli dan pasti tak akan kami lupakan seumur hidup..

Kepada teman2 yang masih mempunyai bonda... jangan lupa berbakti dan sayangilah mereka dan bahagiakanlah diri mereka selagi mereka masih ada.... (pesanan dari jejarikusayang)

Selepas bermaafan dengan Mr MFA...adik beradiku n bergambar2 sempat juga kami bercakap dan mohon ampun dan maaf dengan abah di telefon. Dengar suara abah memang sayu hati ini. Semua cakap sikit sorang sebab cikzah yang kol... Selepas tu kami semua berangkat ke rumah opah uchu. Sebenarnya aku bersyukur kerana walaupun kami dah tak ada mak.. tapi kami masih mempunyai opah dan atok di kedua2 belah pihak. Opah dan atok la tempat kami merujuk dan berkongsi cerita...

Opah/atok uchu ni gelaran untuk kami sekeluarga buat opah/atok sebelah abah... Ini untuk membezakan opah/atok di sebelah arwah mak iaitu kami panggil opah/atok pawi. Selepas bermaafan bersalaman kami singgah sekejap di rumah makyong. suami makyong iaitu pakyoep adalah sepupu abah. Masa dulu makyong tinggal dekat rumah kami jugak. sekarang dah pindah di rumah sendiri. Selepas tu kami pergi ke rumah opah/atok pawi.. Tapi opah takde la pulak. Ikut maklang sekeluarga beraya ke besout... ada masa tu makjang sekeluarga n mak uda pun ada jugak....

Beraya di perak ni aku puaslah makan lemang n rendang. hehehe Sebab kalau aku beraya di kelantan.. susahnya nak jumpa ada lemang... (rasanya tak jumpa kot) biasalah lain negeri lain masakannya. Tapi aku tak kisah pun. Sebab aku boleh makan apa pun. Tolak batu n kayu je... heheheh Oklah panjang jugak tuu pasal beraya. Nanti aku citer pasal beraya n perjalanan kami balik ke kelate ikut cameron highland... ada cerita gak tuuu... aduh... pening..pening... ikut cameron highland... macam ular sawa daa... Tapi memang jimat masa n tenaga.... :)

Gambar2 raya tak upload lagi. kamera aku rosak pulak.. tumpang2 kamera adik je. erm... nak gi hantar kedai tengok apa rosaknya. Kalau mahal harga repair jawabnya kena beli yg baru lee... huhuhuu
Ok... jumpa lagi.
maaf zahir batin semua...

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Buat Semua
Ramadhan kini datang lagi. Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNya jua dapat lagi kita bersama-sama menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Dah 2minggu juga aku tak update blogku. Idea nak menulis ada je tapi kekangan masa n ada perkara-perkara lain yang perlu dilakukan. Malam ni baru dapat menaip blog ni. Dah 3 hari kita berpuasa. ALhamdulillah... syukur kehadrat ilahi..


 Fauzan n Fahim masa tunggu bas nak gi rombongan ke zoo Melaka

 MFA bersama ayahda tersayang


Fahim n Fauzan dengan abahnya.... sehari berjalan ke zoo melaka..

MFA Fauzan n Fahim dah mula belajar berpuasa laa... alhamdulillah... mula2 aku tak yakin je fahim untuk berpuasa.. yelah sebab fahim ni kuat makan.. kalau lapar mesti dia jerit.. "Paim Laparrrrr"...
Tapi dengan kata-kata semangat dari abahnya n umminya n moksu dapat jugak fahim n fauzan berpuasa...
Yang tak disangka Fahim dah 3hari puasa penuh... tak ponteng lagi. Fauzan semalam dah kantoi.. sebab keletihan akibat kepenatan.. balik sekolah terus cari air... walhal minum jee.. dah kul 3 lebih masa tuu..
Pastu sibuk menangis waktu dekat berbuka puasa... erm.. ojan ..ojan...

Dah 2 hari ummi masak bubur nasi ala2 bubur lambuk... erm.. fahim n fauzan suka pulak makan... bertambah2 pulak.. Sekarang ni kena masak n sediakan makanan yang fahim n fauzan suka laa.. mujurlah abahnya tak kisah n tak memilih makan.. Aku pun sama... Boleh makan apa yang ada jee...
Semalam aku cabut gigi lagi... aku memang tak tahan kalau sakit gigi ni... Betul kata Opah aku... sakit nak bersalin pun tak menangis... Tapi sakit gigi leh menitiskan air mata... Huhuhuh
Sebenarnya gigi geraham tuu dah ditampal... Tapi dah tak leh gi dah... aku tak tahan.. suruh doktor cabut jee. Doktor pun tak cakap banyak... terus cabut... Tuu pasal gak aku buat bubur... tak sangka pulak suka anak-anak aku makan waktu berbuka puasa....

Waktu bulan puasa ni aku memang rindu kat arwah mak... segala kenangan waktu bersahur..berbuka di bulan ramadhan memang tak dapat aku lupakan... Arwah mak memang masak apa pun pasti sedap... Aku tak mewarisi pulak...huhuhu Mak memang suka masak pajeri... tak nenas..terung... laksa pun sedap...paling aku tak lupa terubuk bakar mak... sebab masa aku dok berjauhan ngan suamiku... arwah mak suka buat terubuk bakar.. sebab dia kata menantu dia suka makan... Arwah mak memang ibu mertua yg sporting...

Sekarang ni kalau balik kampung memang aku tak miss ke rumah opah n atok.. Mesti nak makan masakan opah.. Erm.. opah goreng ikan pun sedap.. Itulah air tangan namanya kan... Memang kalau di kampung opah memang pasti akan teringat kat aku waktu bersahur...hehehe... dia kata kalau ita ni waktu bersahur berselera je makannya... :) memang pun ... orang lain tak lalu makan.. tapi aku ok jee.. siap kadang2 bertambah gi...

Sekarang ni aku pulak kena masak untuk anak-anakku... Walaupun ummi ni tak pandai masak sangat.. tapi bolehlah untuk kami sekeluarga makan... anak2 pun suka n tak memilih makan ni.. Ikut ummi n abah dia..
Teringat adik2 kat kampung tuu.. erm.. makuda n cik intan tuu.... belajar2 la masak... belajar ngan maklang tuu pun ok.. dia pandai je masak... tak pun gi berguru ngan opah....

Ok.. jumpa di lain cerita yee.. Selamat bersahur n berpuasa semua.....